Maljis Penyerahan Isuzu Menyerikan Sambutan Hari Kemerdekaan di Rompin Enterprise Transport Sdn Bhd

Created: 29.September 2020

Baru-baru ini, Isuzu Malaysia Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah majlis penyerahan sempena dengan pemerolehan trak-trak Isuzu ELF Tugas Ringan oleh Rompin Enterprise Transport Sdn Bhd. Trak-trak tersebut telah diperoleh melalui Ultra Gallant Sdn Bhd, sebuah syarikat pengedar sah Isuzu Malaysia yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan.

Rompin Enterprise Transport Sdn Bhd merupakan pengedar sah Silinder Gas Petroleum Cecair (LPG) Petronas. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2001 di Bahau oleh Pengarah Urusannya iaitu Dato’ Chew Kam Tu, dan kini telah berkembang dengan pesat melalui pelbagai usaha niaga di lokasi-lokasi baharu sekitar Seremban dan Nilai.

Majlis penyerahan ini, yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan, telah diadakan di ibu pejabat Rompin Enterprise Transport Sdn Bhd yang terletak di Seremban.

Sewaktu majlis dijalankan, Isuzu Malaysia telah menyerahkan tiga unit trak Isuzu ELF Tugas Ringan kepada Rompin Enterprise Transport Sdn Bhd. Unit-unit baharu ini merupakan penambahan terkini kepada flit kenderaan komersial yang sedia ada, dan penggunaannya dikhaskan untuk kerja-kerja pengedaran dan penghantaran silinder LPG Petronas di sekitar Negeri Sembilan.

Majlis penyerahan ini telah dihadiri Atsunori Murata, selaku Ketua Pegawai Operasi, Isuzu Malaysia Sdn Bhd. Murata telah berkesempatan untuk menyampaikan penghargaannya kepada Rompin Enterprise Transport Sdn Bhd dan juga LPG Petronas Dagangan Berhad, di atas kepercayaan yang telah ditunjukkan, selain menjadikan trak-trak Isuzu sebagai pilihan utama dalam usaha mereka untuk mengukuhkan lagi keperluan operasi dan pengedaran. Murata percaya bahawa pemerolehan ini dapat memastikan pengurusan lojistik syarikat tersebut bertambah teguh, seiring dengan keadaan ekonomi tempatan yang kian pulih.

Seterusnya, sebagai tanda memperingati majlis yang istimewa ini, Murata telah menghadiahkan replika kunci dan sebuah Trak Miniatur Isuzu kepada Dato’ Chew Kam Tu, Pengarah Urusan, Rompin Enterprise Transport Sdn Bhd. Majlis tersebut turut dihadiri Pramela A/P Vallinayagan, Pengurus Besar, LPG Petronas Dagangan Berhad.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, selain daripada majlis penyerahan Isuzu, Rompin Enterprise Transport Sdn Bhd telah berpeluang merasmikan laman sesawang rasmi syarikatnya, laman Facebook dan