Penyerahan Trak Elf Pertama Pengedar Sah Baharu Isuzu Malayisa

Created: 06.August 2020

Terkini, Truck Venture Sdn Bhd, yang merupakan sebuah syarikat pengedar sah baharu Isuzu Malaysia, telah berjaya membuat penyerahan pertama mereka. Majlis tersebut, yang melibatkan penyerahan rasmi sebuah unit trak Isuzu ELF Tugas Ringan 6-wheeler kepada syarikat LOM Logistics Sdn Bhd, telah diadakan di bilik pameran mereka di Petaling Jaya.

LOM Logistics Sdn Bhd ialah sebuah syarikat pengangkutan muatan dan lojistik, yang beroperasi secara khusus dalam bidang Pengangkutan Air. Trak ELF Tugas Ringan yang diperoleh ini merupakan tambahan unit baharu kepada flit kenderaan komersial mereka yang sedia ada, dan dijangka akan mengukuhkan lagi operasi mereka di seluruh negara.

Unit yang diperoleh ini, iaitu sebuah Isuzu ELF Tugas Ringan 6-wheeler, didatangkan dengan ‘Smoother’, iaitu transmisi manual automatik (AMT) yang menawarkan pemanduan yang lebih efisien dan lancar. Di samping itu, trak ini juga menawarkan kos penyelenggaraan yang rendah, penggunaan bahan api yang lebih baik dan tahap keselamatan yang tinggi. Ciri-ciri ini memastikan kos operasi perniagaan jauh lebih efisien dalam jangka masa panjang.

Sewaktu majlis penyerahan, Koji Nakamura, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, telah mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan beliau kepada pihak LOM Logistics Sdn Bhd di atas kepercayaan dan sokongan mereka terhadap jenama Isuzu, walaupun dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar ini. Nakamura yakin bahawa pemerolehan ini mampu mengukuhkan lagi pelan perkembangan perniagaan bagi syarikat LOM Logistics Sdn Bhd di masa akan datang.

Bagi memperingati majlis istimewa ini, Nakamura telah menghadiahkan replika kunci dan hadiah penghargaan yang merupakan sebuah Trak Miniatur Isuzu kepada Pengurus syarikat LOM Logistics Sdn Bhd, Lee Sanghaag. Majlis ini telah juga dihadiri Atsunori Murata, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia. Turut hadir ialah wakil-wakil daripada syarikat Truck Venture Sdn Bhd, termasuk Loo Siok Yee, Pengarah Konsultan, dan Loo Siok Hua, Pengurus Jualan.

Truck Venture Sdn Bhd telah beroperasi sejak bulai Mei tahun ini dan menawarkan pelbagai pilihan kenderaan komersial Isuzu. Bilik pameran mereka terletak secara strategik di Seksyen 51A di Petaling Jaya, Selangor.