Capture

ZF SSM baru-baru ini melancarkan penggulungan kepada program kebajikan dan kitar semula automotif yang telah berlangsung selama sebulan, yang telah menggabungkan kedua-dua komponen alam semula jadi dan kemasyarakatan. Tabung yang diraih itu berjumlah RM 10,000 dan telah digunakan untuk membantu penduduk-penduduk di bawah kelolaan Selangor Family Aid Association.

“Tanggungjawab kemasyarakatan adalah gerak kerja dalaman dan nadi budaya korporat ZF SSM. Bagi kami, sebagai ahli korporat, ia adalah tugas kami untuk memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti. Kami berasa rendah diri kerana diberikan peluang ini untuk melakukan suatu perubahan, bukan sahaja kepada alam yang kita diami ini, tetapi juga kepada kehidupan penduduk di bawah Selangor Family Aid Association,” kata Pengarah Urusan ZF SSM, Mohd Syahrul Yusuf.

Dilancarkan pada awal Oktober 2016, kempen kitar semula ini adalah sebahagian daripada sumbangan ZF SSM kepada komuniti. Objektifnya adalah untuk menggalakkan lagi budaya kitar semula dalam industri automotif, lebih-lebih lagi dalam kalangan peniaga alat ganti. Sejumlah Sembilan peniaga alat ganti menyokong kempen ini dengan menyumbangkan besi buruk mereka untuk kebajikan, iaitu, YonMing Auto & Industrial Parts Sdn Bhd, Syarikat Selayang Muhibbah Sdn Bhd, Megamix Sdn Bhd, Rimbunan Kuasa Sdn Bhd, Klang Yew Huat Auto Parts Industries Sdn Bhd, Stuttgart Parts Centre Sdn Bhd, Dongfeng Commercial Vehicle (Malaysia) Sdn Bhd, Kai Yuan Auto Parts Sdn Bhd dan Gee Hup Auto Supply Sdn Bhd.

ZF SSM telah Berjaya mengumpulkan sebanyak 18,855 kilogram alat ganti automotif dan mesin daripada peniaga alat ganti sekitar Lembah Klang. Hasil besi buruk tersebut yang berjumlah RM 9,428 telah digabungkan dengan sumbangan daripada kakitangan ZF SSM menjadi RM 10,000. Sumbangan itu kemudiannya dibahagikan antara membayar bil utiliti bagi rumah kebajikan dan membeli barangan keperluan rumah yang diminta oleh rumah tersebut seperti beg sampah, mee segera, susu, nasi, peralatan makanan dan troli makanan.
Selangor Family Aid Association, rumah kebajikan bagi orang-orang tua dan cacat, menjadi rumah bagi 85 penduduk keseluruhannya, terdiri daripada orang-orang tua dan cacat di antara umur 19 hingga 94 tahun. Rumah tersebut, yang bergantung kepada sumbangan kebajikan daripada masyarakat awam, dimulakan pada bulan Julai 1988. Sekarang ini, rumah tersebut masih lagi tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

“Bagi pihak penduduk dan pengurusan, saya berterima kasih kepada ZF SSM atas pertolongan mereka. Rumah kami ini seringkali terlepas pandang oleh penyumbang-penyumbang kerana permohonan kami bagi pengecualian cukai masih tidak berjaya. Sumbangan ini daripada ZF SSM sangatlah dihargai kerana ia akan membantu kami menyelesaikan keperluan harian kami seperti makanan dan bil utility,” kata Presiden Selangor Family Aid Association, Dato’ Seri Pusparajah Gunaratnam.

Meneruskan peranannya sebagai ahli korporat yang bertanggungjawab, ZF SSM bertekad memulakan kempen kemsyarakatan seperti ini, dua kali setahun, dengan tema-tema yang berbagai bagi memupuk semangat kemsyarakatan dalam kalangan pekerjanya. Program-program kemasyarakatan yang dianjurkan ZF SSM sebelum ini termasuklah lawatan ke Assunta Children Society pada 2012 dan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir Kelantan pada 2015. ZF SSM juga terlibat dalam usaha berterusan untuk menolong komuniti terpinggir supaya mereka dapat menikmati makanan harian.

Tel. +65 6424 8777, Fax: +65 64248788 E-mail: bianca.nestle@zf.com