Volvo Trucks berbesar hati mengumumkan bahawa salah sebuah syarikat logistik terbesar yang menyediakan perkhidmatan dalam sector pengangkutan, membawa kontena, gudang dan penyelenggaraan di sekitar Pulau Pinang, Utara Malaysia, KLIA dan Johor, Syarikat Kumpulan Lee Ting San (LTS Group) – telah membeli 38 unit Volvo FM370 4x2T RAS prime mover. Syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke seluruh negara dan juga merentasi sempadan.

Satu majlis penyerahan trak baharu itu telah diadakan di pengedar Volvo Trucks di Prai. Setakat ini, 20 unit telah diserahkan dan baki 18 unit lagi dijadual diserahkan dalam tempoh dua bulan atau sekitar Januari tahun depan. Sebaik sahaja semua trak itu diserahkan,secara keseluruhannya Kumpulan LTS memiliki 80 unit trak Volvo yang terdiri daripada 280 unit prime mover.

Dengan pembelian Volvo FM prime mover baharu membolehkan Kumpulan LTS memulakan proses penggantian kenderaan yang lama untuk menjadi lebih cekap malah kos operasi juga jauh lebih rendah. Trak baharu itu akan digunakan untuk perniagaan mengangkut kontena syarikat LTS Logistics (PG) Sdn Bhd bagi tujuan penghantaran kargo jarak jauh dan dekat.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mitch Peden berkata, “Penyerahan trak-trak ini nyata memenuhi komitmen Volvo dalam membantu Kumpulan LTS mencapai lebih produktiviti, kecekapan dan keselamatan di jalan raya. Ini kerana Volvo FM menawarkan tahap fleksibiliti dan kecekapan pengangkutan yang paling tinggi. Semua ini penting dan bertujuan memberikan perkhidmatan yang efisyen serta meningkatkan keuntungan dan pertumbuhan perniagaan yang terbaik buat pelanggan kami.”

Semua trak Volvo FM baharu yang dibeli oleh Kumpulan LTS dilengkapi dengan sistem telematik Volvo iaitu Dynafleet dan termaktub dalam Perjanjian Servis Emas Volvo (Volvo Gold Service Agreement) yang turut merangkumi Volvo Uptime Promise.

Dynafleet membantu pelanggan mendapatkan lebih keuntungan dan kecekapan menerusi tiga perkhidmatan utama iaitu bahan api dan alam sekitar, posisi lokasi serta mesej. Fungsi Bimbingan Pemandu (Driver Coaching) yang ada padanya memberikan tip penjimatan bahan api yang penting kepada pemandu trak.Volvo Uptime Promise merupakan satu-satunya ciri seumpamanya di Malaysia yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika trak tidak dapat beroperasi dalam tempoh tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LTS, Lee Kah Chye berkata, “Sebagai sebuah syarikat logistik yang berkecimpung sejak 45 tahun lalu dan memenuhi keperluan ratusan pelanggan di seluruh Malaysia, kami telah menempuh pelbagai perubahan dalam pasaran dan menyaksikan banyak perkembangan baru di dalam industri ini.

“Kami faham bahawa industri perlu berevolusi untuk membolehkan perniagaan seperti kami terus berkembang. Sebab itulah pendekatan kami sekarang adalah untuk menjadi sebuah syarikat pengangkutan yang berwawasan, serta ingin melabur ke dalam teknologi dan inovasi. Ia melibatkan aspek seperti sistem logistik bersepadu, sistem pengurusan gudang, telematik dan sistem pengesanan RFID untuk semua barangan kami. Kerana itulah kami membeli trak Volvo dan kami tidak sabar untuk mencuba ciri-ciri Volvo Dynafleet bagi membantu kami meningkatkan kecekapan.”
Lee juga memberitahu bahawa syarikatnya berpuas hati dengan sokongan selepas jualan Volvo Trucks yang membuatkan mereka mengambil pakej Perjanjian Servis Emas Volvo (Volvo Gold Service Agreement) dengan Uptime Promise untuk semua trak baharu mereka.
Uptime Promise Volvo Trucks merupakan satu ciri unik yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika tempoh kerosakan trak mereka untuk kembali bergerak di atas jalan raya melebihi dari masa yang dijanjikan oleh Volvo Truck. Selain daripada pampasan kewangan untuk trak yang tidak dapat beroperasi. Uptime Promise juga menawarkan pelbagai manfaat lain seperti pembaikan yang selamat dan boleh dipercayai, dijalankan oleh juruteknik Volvo yang berkemahiran tinggi, impak minimum dari segi kerugian masa dan keuntungan, dan tempoh boleh operasi trak yang maksimum.

Kata Peden, “Volvo Uptime Promise direka untuk memberikan pelangan perlindungan tambahan daripada masalah yang tidak dijangka. Ianya ditawarkan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan LTS di atas kesetiaan, kepercayaan serta sokongan mereka terhadap Volvo Trucks. Kami percaya ianya sekaligus membuktikan bahwa hubungan baik dengan pelanggan menjadi keutamaan. Kami juga akan menyokong mereka pada bila-bila masa dan di mana jua jika diperlukan.”

Antara ciri yang ada pada kabin Volvo FM ialah kabin tersebut lengkap direka secara ergonomik dan luas. Papan pemukanya menempatkan butang kawalan dan fungsi yang senang dicapai. Manakala tempat duduknya boleh dilaras untuk menambah baik posisi pemanduan dan sokongan lumbar.

”Selain produktif dan ekonomikal untuk pelanggan, Volvo FM juga menawarkan pemandu dengan persekitaran kerja yang selesa dan aspek keselamatan yang telah dipertingkatkan,” kata Peden.

Volvo FM juga menampilkan sistem Volvo Dynamic Steering termaju yang meningkatkan lagi keupayaan pemanduannya.

Ditubuhkan pada tahun 1974, perniagaan Kumpulan LTS bermula dengan hanya sebuah trak yang dipandu sendiri oleh pengasasnya.Setelah perniagaannya berkembang, syarikatnya mula membeli trak-trak jentera berat dan menjadi pelanggan Volvo Trucks sejak 18 tahun lyang alu menerusi pembelian model Volvo FM10. Hari ini, syarikat LTS mempunyai lebih daripadi 500 orang kakitangan dan sejumlah trak pengangkutan yang merangkumi trak rigid dan trailer.