Sesi Perbincangan dan Dialog Isu Kenderaan Perdagangan (Lori) dan Penguatkuasaan

Created: 29.April 2021

JohorBahru, 25 April 2021: Satu sesi perbincangan & dialog melibatkan agensi penguatkuasa JSPT, JPJ dan PTG bersama 4 Persatuan Pengusaha, Pemandu & Bahan Batuan Negeri Johor telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Sesi perbincangan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor.

YDH CP Dato' Ayob Khan Bin Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor telah mempengerusikan sesi dialog tersebut. Sesi dialog ini juga turut dihadiri oleh YDH DCP DATO' KHAW KOK CHIN, Timbalan Ketua Polis Johor, setiausaha politik Menteri Pengangkutan (MOT) Encik Ling Tian Soon, Pengarah JPJ Johor bersama pegawai dan Pejabat Tanah & Galian diketuai oleh Pengarah PTG bersama pegawai.

Intipati perbincangan & sesi dialog adalah membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pengusaha lori dan pemandu lori berkaitan penguatkuasaan yang dijalankan oleh semua agensi penguatkuasa.

Sesi perbincangan yang dihadiri oleh YDH Dato' Ketua Polis Johor ini, telah mengambil langkah proaktif dengan menyenaraikan permasalahan yang diutarakan dan cadangan penyelesaian untuk tindakan JSPT, JPJ, PTG dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Satu Memorandum telah diserahkan oleh Persatuan kepada YBhg. Ling Tian Soon, Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan Malaysia pada 25-04-2021 untuk mengusulkan lanjutan masa operasi di Kastam BSI Tg Puteri.

Banyak pemandu lori terpaksa mengguna laluan Tuas / 2nd Link Kastam Tg Kupang sebab sekatan waktu operasi di Kastam BSI Tg Puteri ini dan menimbulkan masalah kelewatan habis kerja setiap hari dan tidak dapat cukup masa tidur / rehat.

Ini akan mempengaruhi keselamatan dan kesihatan bukan sahaja kepada pemandu lori diri sendiri, juga kepada orang awam yang menggunakan jalanraya.

Dalam bulan Ramadhan ini, keadaan lagi menyusahkan sebab banyak pemandu lori terpaksa berbuka puasa di atas kenderaan sebab penggunaan laluan yang lebih jauh dan sesak.

Kami amat besar harap agar masalah-masalah yang dibangkitkan akan dipandang serius oleh pihak berkenaan