News in:  BM | TH | CN

Published: 03 November 2022

Cawangan Berwajah Baru Isuzu Kini Dibuka

Isuzu Malaysia hari ini memperkenalkan cawangan yang menampilkan rekaan baru dengan pembukaan rasmi Autoexec Corporation 3S Centre di Kuala Lumpur. Dengan imej yang lebih menonjol serta ceria melalui adanya menara logo tersendiri, rekaan cawangan baru ini menawarkan sebuah suasana yang lebih unik untuk apa saja keperluan berkaitan Isuzu kepada pelanggan. 

Bercakap ketika pelancarannya, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, rekaan baru ini disasarkan untuk menyerlahkan lagi kehadiran Isuzu dengan menawarkan sebuah suasana dan persekitaran yang lebih hangat kepada semua pelanggan dan pengunjung. 

Cawangan ini menampilkan imej jenama yang kuat untuk mencerminkan perubahan wajah depan perniagaan Isuzu di sini. Elemen rekaan moden dan kemudahan yang dipertingkatkan dihadirkan bagi memastikan pelanggan bukan sekadar membeli barisan produk yang bagus, tetapi turut menerima layanan jualan dan lepas jualan yang cemerlang di bawah satu bumbung,” ujar Okazoe. 

Pusat 3S terbaru Autoexec Corporation terletak di atas kawasan dengan keluasan 1,400 meter persegi di Jalan Jinjang Permai di pinggir Kuala Lumpur dan menawarkan barisan lengkap produk serta servis Isuzu, dari trak pikap Isuzu D-Max hinggalah kepada lori tugasan ringan, medium, berat dan juga penggerak utama. 

Bilik pamerannya menampilkan ruang berpendingin di mana trak pikap dipamerkan serta lori juga ditunjukkan di bawah kawasan berbumbung untuk keselesaan semua. Cawangan ini juga menempatkan ruang servis luas yang boleh menampung sehingga empat kenderaan tugasan ringan serta dua trak tugasan medium dalam satu masa. Pelanggan yang membawa kenderaan mereka untuk pemeriksaan lepas jualan boleh menikmati hidangan ringan yang disediakan di ruang menunggu yang sangat selesa sementara juruteknik terlatih melayani keperluan kenderaan Isuzu mereka. 

Cawangan Isuzu selepas ini akan dibezakan dengan penggunaan logo Isuzu baru yang ditampilkan di depan bangunan serta di menara logo khas di gerbang masuk ke premis. Pusat 3S, yang khususnya menawarkan penjagaan lepas jualan untuk trak juga menampilkan ruang yang cukup luas untuk memudahkan parkir serta pengendalian keluar-masuk. 

Di dalam, cawangan baru ini juga hadir dengan penampilan lebih berkarismatik dengan ciri khusus sebagai panduan mudah untuk pengunjung mengetahui keseluruhan tataletak di premis berkenaan.