Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 11 January 2014

Daimler Truck Asia Melabur 300 Juta Euro untuk Perkembangan Jualan di Masa Depan

Anak syarikat Daimler Jepun, pihak Pengurusan Mitsubishi Fuso Trak dan Bas akan menghadiri “Tokyo Motor Show” pada tahun ini dengan motto "Bersama Membina". Bersesuaian dengan motto, kedua-dua anak syarikat kenderaan perdagangan MFTBC dan DICV telah menggabungkan perniagaan mereka di Asia di bawah naungan Daimler Trak Asia dengan tujuan untuk menjana perkembangan jualan di Asia dan Afrika.

Untuk tujuan ini, Daimler Trucks Asia akan melabur 300 Juta Euro dalam jualan antarabangsa dan struktur pengeluaran mengikut jadual dalam tempoh 2014 sehingga tahun 2018. Menjelang tahun 2020, kira-kira 290,000 unit jenama FUSO dan BharatBenz ini akan dijual di seluruh dunia.

Dr Albert Kirchmann, Ketua Daimler Trucks Asia dan MFTBC Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, sempena “Tokyo Motor Show” berkata, "Dengan pelaburan ini, kami dapat memperluaskan jualan kami yang sedia ada dan rangkaian pengeluaran untuk mendapatkan kelebihan pada jualan yang berpotensi di Asia dan Afrika dimasa hadapan.” "Oleh itu, kita akan melabur dimasa depan demi satu pasukan yang kuat dari dua budaya. Saya berbangga dengan pasukan dari Jepun dan India, yang bekerja keras untuk membawa produk yang betul memasuki pasaran dimasa hadapan " tambah Dr Albert Kirchmann.

Pasaran Asia Tenggara mempunyai potensi yang besar untuk jangka masa panjang. Menurut ramalan, jualan trak tahunan bagi seluruh kawasan tersebut di Asia Tenggara dijangka berkembang sebanyak kira-kira 20 hingga 30 peratus sehingga tahun 2020. Dalam tempoh yang sama, pasaran trak di benua Afrika menjanjikan perkembangan lima hingga sepuluh peratus setahun.

Pameran perdagangan yang baru "FI" diperkukuh dengan produk tambahan dari rangkaian produk FUSO, termasuklah empat konsep yang dikaji iaitu:

Hibrid FUSO Canter Eco "Canna" (yang dibangunkan oleh dan kepada wanita)
FUSO Aero Queen "Premium Cruiser" (jurulatih mewah)
FUSO Canter Eco Hibrid "moving pit " (pembaikan kenderaan)
FUSO Super Besar "fuel efficient truck " ( trak perdagangan berat)

Di samping itu, model khas krom saduran "Black Chrome" daripada trak perdagangan sederhana iaitu trak sampah FUSO Fighter juga telah dipamerkan di “Tokyo Motor Show”.

Kajian konsep "Canna" adalah daripada trak perdagangan ringan FUSO Canter Eco Hibrid merujuk kepada projek "Trak Comel" di “Tokyo Motor Show”. FUSO mahu mewakili pihak wanita yang menceburi industri kenderaan dan perkapalan.