Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 15 August 2014

Jenama Trak China yang pertama membuka pusat 3S

Sinotruk adalah jenama trak China yang pertama memasuki pasaran Malaysia, mengukuhkan lagi kedudukannya di pasaran dengan pembukaan sebuah bengkel baru di Kuantan yang akan berfungsi sebagai pusat 3S sepenuhnya.

Pasukan Mohd Zaid Abdullah di Bakticon Engineering Sdn Bhd telah bekerja keras untuk pembinaan bengkel tersebut bagi memenuhi permintaan perkhidmatan kenderaan Sinotruk yang semakin berkembang. Bengkel yang dibina adalah untuk menampung jenama dari China itu serta menawarkan 16 ruang perkhidmatan, 25 mekanik dan lima perantis. Bakticon juga bersedia dengan trak penyelamat dan pasukan tayar bagi membantu kenderaan yang mengalami kerosakan. Dengan pembukaan bengkel ini, Sinotruk mencipta satu langkah kehadapan dan merupakan salah satu daripada startegi memasarkan jenama dari China ini di pasaran.

Khidmat Berintegrasi
“Potensi Sinotruk telah dikenal pasti dari dulu lagi. Kami yakin bahawa ini adalah satu jenama yang akan diterima dan yang bakal bergerak pantas serta profesional di pasaran. Ia adalah diantara sebab-sebab mengapa kami mengambil keputusan untuk berunding dengan mereka dan untuk mengembangkan operasi tersendiri dengan bantuan mereka. “ kata Zain Abdullah. Setelah bekerja untuk syarikat-syarikat seperti Esso, Petronas dan BP Chemical, Zain mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri. "Saya melihat ahli keluarga saya yang semuanya menjalankan perniagaan mereka sendiri dan itulah yang membuatkan saya mahu mempunyai perniagaan sendiri" katanya. Pada tahun 2000, beliau telah memulakan satu perniagaan kecil dengan hanya memiliki dua buah trak dan kini perniagaan beliau telah beroperasi dengan lebih daripada 50 trak.

Mekanik juga adalah seperti pemandu yang sukar untuk dicari dan ini memberikan idea kepada beliau. Kini, beliau membina kumpulan yang berbakat melalui kolej automotif tersendiri. Institusi yang telah disahkan oleh kerajaan ini merangkumi kira-kira 100 pelajar yang mempelajari selok-belok kenderaan perdagangan.

Prospek Positif
Zain Abdullah pernah menjadi pemandu trak selama dua tahun dan oleh sebab itu, beliau tahu apakah cabaran yang dihadapi oleh pemandu dan operator. Hubungan baik yang telah dibina dalam tempoh 12 bulan yang lepas membuatkan Zain lebih yakin untuk mengambil langkah yang seterusnya. Baginya, menaik taraf dengan serta-merta akan memantapkan 3S Dealer. Trak paparan boleh ditempah tidak lama lagi dan latihan akan dimulakan dalam tempoh masa yang sesuai. Langkah ini akan menjadikan lokasinya sebagai Peniaga 3S yang pertama untuk Sinotruk dilihat dimana-mana jenama China. Menurut Sinotruk, empat 3S dealer bakal ditubuhkan pada tahun ini juga, yang meliputi kawasan-kawasan utama di Malaysia.