Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 02 January 2014

Memupuk Penggunaan Pengangkutan Awam dapat Memudahkan Pemandu Trak

Memperolehi manfaat serta menyumbang melalui penggunaan pengangkutan awam.

Idea penulisanartikelini terbentukselepas menghadiri SimposiumPengangkutan DaratAwamolehSPAD (Suruhjaya PengangkutanAwamDarat). Selain daripadafaedah yang diperolehioleh masyarakat,kita perlumelihatmanfaat yang dapat disumbangkan kepada industripengangkutan trak.

Jalan raya yang tidak sesak memberikan lebih banyak ruang. Justeru itu, jika setiap orang menggunakan pengangkutan awam, pemandu-pemandu trak akan lebih mudah untuk bergerak, mempunyai lebih ruang untuk menghentikan trak dan pemanduan akan lebih selamat dijalan raya.

Masa sentiasa mencemburui kita, dan masa amatlah penting bagi pemandu trak untuk mengejar jadual mereka yang padat dan tidak menentu. Dengan penggunaan pengakutan awam, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa anda, malah anda mampu membantu pemandu- pemandu trak ini untuk menjimatkan masa mereka bagi menghantar keperluan kita pada waktu yang telah dijanjikan.

Penggunaan pengangkutan awam juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Jika kemalangan jalan raya berkurangan, pemandu trak akan mempunyai perjalanan yang lebih lancar. Dari aspek insuran premium, bilangan kemalangan yang melibatkan trak juga boleh dikurangkan.

Selain itu, kesesakan lalu lintas boleh membawa kepada tekanan lalu membuatkan pemanduan menjadi kurang selesa. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat kepada pemandu-pemandu trak yang perlu memandu sepanjang hari atau lebih. Tekanan boleh menjadi gangguan kepada pemanduan dan mampu menyebabkan kemalangan jalan raya.

Pencemaran udara dapat dikurangkan dan tidak mustahil untuk kita menghirup udara yang lebih segar . "70% daripada pencemaran udara di bandar-bandar Malaysia adalah disebabkan oleh asap-asap kenderaan yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk bandar. Walau bagaimanapun pandangan anda, bergantung kepada kenderaan persendirian tetap akan menyebabkan pembaziran masa, kualiti udara dan menjejaskan kesihatan," kata YBhg Tan Sri Dato 'Seri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD.