Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 14 February 2014

Wawancara Eksklusif dengan Martin Lundstedt - Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Scania

Semasa lawatan ke Asia Tenggara, Martin Lundstedt, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden telah meluangkan sedikit masa beliau untuk bertemu dengan Asian Trucker bagi suatu temubual yang eksklusif. Temubual sepenuhnya boleh didapati di dalam majalah Asian Trucker, tetapi kami ingin mengkongsikan sedikit petikan dari temubual tersebut.

AT: pengakutan perdagangan berat/trak telah menjadi lebih selamat. Adakah kerajaan memberi dorongan yang secukupnya untuk melaksanakan perkara ini?

ML: Ruang untuk penambahbaikan sentiasa ada dengan melaksanakan undang-undang atau insentif mengenai ciri-ciri keselamatan. Tetapi ada juga perkara-perkara yang industri pengangkutan boleh lakukan untuk meningkatkan keselamatan, seperti latihan kepada pemandu.

AT: Sila beritahu saya dengan lebih lanjut bagaimanakah anda dapat mengekal pengurusan keutamaan di Scania.
ML: Kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga adalah gabungan yang sempurna. Tiada masalah diantara penjimatan dan keuntungan. Tenaga yang dapat dijimatkan, dapat mengurangkan kos. Fakta ini menjadikannya mudah untuk meneruskan pengekalan.

AT: Bagaimanakah anda melihat trend global dalam trak untuk 5 tahun akan datang?
ML: Kecekapan bahan api akan sentiasa berada di dalam fokus. Ini bukan sahaja bermakna peningkatan enjin dan kenderaan tetapi juga sistem elektronik yang menyokong pemandu untuk memandu dengan cara yang paling menjimatkan bahan api.

AT: Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh industri untuk beberapa tahun akan datang?
ML: Dari perspektif pengeluar, permintaaan yang tidak menentu adalah sesuatu yang normal. Ini bermakna kita perlu menjadi fleksibel untuk menyesuaikan pengeluaran kepada perubahan dalam permintaan.