Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 09 September 2015

Jamuan Aidilfitri anjuran Malaysia Car Carrier Crew (MCCC) 2015

Jamuan yang berkongsepkan “pot luck” telah diadakan pada 15 Ogos 2015 di rumah salah seorang ahli kelab tersebut di Rawang. Jamuan ini bagi mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli-ahli kelab.

Pelbagai jenis juadah Aidilfitri yang terhidang dibawa oleh setiap orang yang hadir. Kelab Malaysia Car Carrier Crew (MCCC) ini telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan bertujuan untuk berkongsi informasi, pandangan individu dan perkara-perkara yang berkaitan dengan industri trak.

Majoriti ahli-ahli kelab ini juga adalah ahli kelab kepada Kelab Pemandu Asian Trucker. Asian Trucker telah dijemput ke jamuan Aidilfitri yang diadakan untuk mengenali lebih rapat lagi ahli-ahli dari MCCC. Pada hari tersebut, beberapa ahli baru telah mendaftar untuk menyertai Kelab Pemandu Asian Trucker.