Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 24 October 2016

Kejohanan boling kali kedua!

Tempat adalah terhad, daftar nama anda dengan segera. Kejohanan boling anjuran Kelab Pemandu Asian Trucker untuk kali kedua bakal diadakan pada tarikh 12 November 2016, bertempatkan di Ole Ole Shopping Centre Shah Alam. Pertandingan ini terbuka khas kepada ahli-ahli Kelab Pemandu Asian Trucker yang telah berdaftar.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mengalakkan penglibatan ahli kelab di dalam aktiviti sihat dan positif selain mengiratkan lagi perhubungan ahli-ahli kelab dengan penganjur.
Trofi dan hadiah-hadiah yang menarik akan disediakan oleh pihak penganjur. Pertandingan ini terbuka kepada sepuluh kumpulan sahaja dan pendaftaran adalah percuma. Ahli- ahli kelab yang berminat untuk bertanding, boleh menghubungi Amirah, Secretariat Kelab di 0122766499 atau emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.