Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 06 April 2017

Volvo Trucks Mengembangkan Kongsian Pasaran di Segmen Kenderaan Dagangan Premium di Malaysia.

Pada 4 April 2017, Volvo Malaysia mengumumkan bahawa ia telah mencatat rekod penumbuhan jualan sebanyak 4.8% untuk jenama trak Volvonya untuk tahun kewangan 2016, berbanding tahun sebelumnya. Penumbuhan itu dicapai melalui jualan 370 unit trak, yang juga membuatkan jenama itu mendominasi 45% kongsian pasaran segmen trak tahan lasak Eropah di Malaysia, menjadikannya jenama terbaik tahun tersebut.

Mengomentar tentang penumbuhan tersebut, Mats Nilsson, Pengarah Urusan Volvo Malaysia berkata, ”Pasaran trak di Malaysia secara keseluruhannya telah mengecil sebanyak 5% pada 2016, akibat ekonomi yang perlahan dan penurunan tukaran matawang, yang mengakibatkan syarikat-syarikat mengurangkan jumlah perbelanjaan mereka. Di sebalik cabaran dalam keadaan bisnes ini, kami kekal pada trek yang betul dengan strategi bisnes dan kami menggunakan sumber dengan efektif bagi mencapai perkembangan berterusan.”

”Kejayaan kami pada tahun 2016 adalah sambungan kepada rekod pencapaian kami daripada tiga tahun lalu, di mana kami mengalami pertumbuhan sebanyak 38.5% dalam jualan trak, menandakan ketumbesaran yang paling besar dalam 15 tahun.”

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Volvo Malaysia mula mengadakan strategi-strategi dan inisiatif baru untuk membawa bisnes mereka kehadapan. Ini termasuklah pelaburan sebanyak RM 75 juta untuk pengembangan rangkaian dan capaian yang melibatkan pelokasian semula beberapa pusat jualan ke tempat baru untuk kesenangan pelanggan serta penaiktarafan fasiliti dan kemahiran teknikal untuk servis berkualiti. Usaha ini telah membolehkan Volvo Trucks melaksanakan liputan lebih baik iaitu tiga jam untuk mencapai sesebuah pusat dari pusat yang lain.

Syarikat tersebut juga mengejar peluang pasaran dengan lebih aktif dengan menaiktaraf sokongan pasca-jualan dan menambahkan jumlah sesi lataihan untuk pemandu trak pelanggannya.

Nilsson juga turut berkata, ”Strategi kami berkitar tentang kepuasan pelanggan. Sebagai salah satu pembuat kenderaan dagagan terbesar di dunia, kami sentiasa menggunakan teknologi untuk mencipta trak lebih bijak, lebih selaat dan lebih dipercayai yang akan memberikan produktiviti tambahan.”

”Walaupun trak merupakan pilihan produk utama bagi pelanggan, kualiti servis dan produk pasca-jualan juga kekal menjadi komponen penting bagi pengalaman keseluruhan pelanggan Volvo Trucks. Inilah mengapa kami telah melaburkan dengan banyak untu menaiktaraf pusat jualan berdasarkan piawaian operasi antarabangsa.”

Pusat jualan perdana bagi syarikat itu dibuka di Pelabuhan Klang tahun lepas sebagai strategi rangkaian untuk menaikkan taraf kecemerlangan pelanggan, dan sejak itu telah menservis sebanyak 3,500 trak dengan masa yang diambil lebih singkat.

Selain meningkatkan taraf fasiliti fizikal, Volvo Trucks juga terus melibatkan diri dengan pemandu trak melalui Fuelwatch Challenge tahunannya untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan dan menjadikan jalanraya tempat yang lebih selamat.

”Keselamatan telah menjadi suatu prioriti besar buat Volvo Trucks semenjak awal lagi. Kami menanganinya dengan tiga aspek – trak lebih selamat, pemandu yang lebih selamat dan juga masyarakat yang lebih selamat. Fuelwatch Challenge mengajar pemandu tentang kepentingan keselamatan dan penjimatan minyak. Kami telah mendapat penyertaan lebih 1,400 pemandu trak dari seluruh Malaysia tahun lepas, yang merupakan peningkatan sebanyak 28% berbanding tahun sebelumnya. Ia telah menjadi sangat popular kerana pelanggan kami telah nampak kebaikan buat bisnes mereka dengan adanya pemandu yang lebih berkualiti.”

Pelaburan strategik dan insiatif berfokuskan pelanggan yang telah diutamakan oleh syarikat ini pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk menjadikan pengalaman pemilikan trak tahan lama telah pun membuahkan hasil, menurut Nilsson.

Beliau berkata, ”Volvo Trucks telah diiktiraf sebagai jenama nombor satu untuk kepuasan pelanggan, dengan kadar Customer Service Index setinggi 83%, berdasarkan maklumbalas yang dikumpulkan baru-baru ini oleh sebuah agensi penyelidikan bebas.

Namun, dia menambah bahawa, walaupun ini membuktikan rangkaian trak yang tersedia untuk pasaran tempatan bersama dengan pelaksanaan pusat jualan dan penaiktarafan servis pelanggan bergerak dengan lancar, syarikat tersebut ingin mencapai lebih lagi.

Plan besar buat tahun ini termasuklah pelancaran trak perdana terbaru yang menawarkan penjimatan minyak yang terkini, ciri-ciri keselamatan dan torque besar serta kuasa pengangkutan yang lebih tinggi.

Berkaitan dengan ini, Nilsson berkongsi bahawa, ”Trak baru yang akan kami lancarkan akan menolak segala sempadan sesebuah trak tahan lasak perdana dari segi penjimatan minyak, kebergantungan, ergonomi, pengendalian, keselamatan dan tempoh operasi. Ia akan ditawarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Tentang rancangan jangka panjang syarikat tersebut, Nilsson berkata, ”Volvo Trucks sedang bersedia ke arah membuka sempadan agenda buat Komuniti Ekonomi ASEAN. Apabila dagangan dibuka, ini bermakna syarikat mampu mendagangkan barangan dari Singapore, ke Thailand dan sebaliknya, tanpa menukar trak, jika mereka menggunakan trak yang dipercayai, dan setelah kargo diperiksa, seperti di Eropah. Kami mempunyai pusat jualan terbanyak di Malaysia antara jenama Eropah. Inilah salah satu kekuatan kami yang kami rancang untuk tingkatkan dengan melihat kepada menetapkan suatu pusat panggilan berpusat di Malaysia untuk menjaga keperluan pelanggan tempatan dan serantau setelah sempadan dagangan dibuka.”
Nilsson menambah bahawa Volvo Trucks telah membuat pelaburan bisnes besar dan merancang lebih banyak peluang untuk menguatkan kekuatan pasarannya di negara ini.