Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 27 May 2021

Scania Memperkukuh Penguasaan Pasaran Bengteng dengan New Truck Generation Berbadan Kotak Kawalan Suhu Scania yang Pertama di Semenanjung Malaysia.

Scania Malaysia telah menghantar New Truck Generation (NTG) jenis Rigid P250B4x2NZ berbadan kotak dengan kawalan suhu Scania yang pertama kepada Bengteng Truckking Services Sdn Bhd (Bengteng Truckking). Penghantaran ini melengkapkan pembelian terbaru lima unit New Truck Generation Scania yang terdiri daripada tiga (3) trak penggerak utama (prime mover) G360 A4x2NA dan dua (2) jenis kejur (rigid) berbadan kotak P250B4x2NZ Scania. Trak penggerak utama Scania merupakan trak tugas berat pertama yang akan digunakan oleh Bengteng sejak penubuhan syarikat.

Bersempena dengan sambutan 50 Tahun Pertama Scania, penyerahan kunci telah dilakukan oleh Gary Chin, Pengurus Jualan Nasional untuk Trak, Scania Malaysia kepada Chong Wai Choong, pengasas dan pemilik Bengteng.

“Keputusan untuk melabur dalam New Truck Generation Scania merupakan langkah bijak kerana tempahan Bengteng dari Singapura telah meningkat manakala volum pula bertambah sehingga lima (5) muatan kontena 40 kaki setiap minggu. Memandangkan ini, adalah wajar untuk kami membeli tiga (3) trak penggerak utama Scania yang pertama ini,” kata Denice Chong, Pengurus Besar Operasi, Bengteng Truckking Services Sdn Bhd.

“Trak kejur Scania yang mempunyai kawalan suhu adalah paling sesuai untuk mengangkut produk beku, sejuk, segar, kering dan juga produk lain yang sensitif pada suhu dan mudah rosak,” tambah Denice.

Scania Rigid mempunyai kabin yang unik dengan tempat duduk boleh diselaraskan berhampiran pintu, alat panel ergonomik dan kaca depan yang besar dengan pandangan luas yang membolehkan pemandu lebih mudah beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

Scania Rigid juga dibina untuk memberikan pemilik trak kecekapan bahan api yang lebih baik dan pelepasan karbon dioksida (CO2) yang lebih rendah. Ini adalah kerana ia dilengkapi dengan ‘powertrain’ yang canggih serta penyelesaian aerodinamik yang memberikan penjimatan bahan api sebanyak tiga peratus (%)

Syarikat milik keluarga Bengteng Truckking ini, yang dahulunya dikenali sebagai Benteng Trading, ditubuhkan pada tahun 1990 dan mengendalikan lebih 100 trak, yang termasuk perkhidmatan sewa berdasarkan muatan satu tan, lima tan, 10 tan dan treler 40 kaki. Syarikat ini mengkhusus dalam pengangkutan produk makanan dengan menggunakan trak kejur pelbagai saiz yang mempunyai kawalan suhu ke seluruh Semenanjung Malaysia, Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi dan juga ke Singapura.

“Kedua-dua trak penggerak utama dan trak kejur memberikan penjimatan bahan api dan masa operasi yang terbaik yang sentiasa diharapkan oleh pengendali trak. Malah, penyelesaian kewangan fleksibel yang disesuaikan daripada Scania Credit Malaysia memberikan kos yang boleh diramalkan sepanjang kitaran hayat kenderaan. Kami berbesar hati bahawa Bengteng telah membuat pesanan untuk dua lagi trak penggerak utama. Ini menunjukkan kepuasan terhadap tahap perkhidmatan yang mula dialami oleh Bengteng dan juga para pelanggannya,” kata Chin.