Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 04 October 2021

Semua Trak dan Koc Baharu Scania Disediakan dalam Tetapan ‘default’ Mod Ekonomi

Mod Ekonomi akan menjadi tetapan default untuk semua trak dan koc Scania baharu yang dilengkapi dengan Opticruise mulai tahun 2021. Langkah ini bertujuan memastikan bahawa pelanggan kami menikmati penjimatan bahan api dan pengurangan pelepasan CO2 yang terbaik, selaras dengan inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (‘Science Based Targets initiative atau SBTi). Pelanggan Scania yang membeli trak atau koc sebelum tahun 2021 boleh menetapkan Mod Ekonomi sebagai pilihan default untuk kenderaan mereka di mana-mana bengkel Scania yang sah di seluruh negara. Kos buruh dikenakan tetapi bayaran ini akan dikecualikan sehingga 31 Dis 2022. Memandangkan ini, pelanggan digalakkan menghantar trak dan koc mereka secepat mungkin bagi mengambil kesempatan tawaran percuma ini.

“Trak dan koc Scania akan dimulakan dengan Mod Ekonomi setiap kali kenderaan dihidupkan, tanpa mengira mod terakhir sebelum enjin dimatikan. Ini memastikan pemanduan cekap bahan api yang terbaik pada kebanyakan masanya,” kata Tom Kuiphuis, Pengarah Sokongan Perniagaan (Business Support Director), Scania Southeast Asia. “Namun, pemandu masih boleh bertukar dari Mod Ekonomi ke mod prestasi lain bergantung pada keperluan keadaan memandu.”

Mod Ekonomi adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang sejajar dengan matlamat Scania untuk mencapai sasaran berasaskan sains SBTi menjelang 2025 – mengurangkan jejak karbon dalam operasi Scania sebanyak 50 peratus dan kenderaan pelanggan Scania sebanyak 20 peratus. Langkah ini bertujuan mengurangkan peningkatan suhu global selaras dengan komitmen Scania dalam Perjanjian Paris 2015 – mengehadkan pemanasan global hingga di bawah 2°C melebihi paras praindustri sambil meneruskan usaha untuk mengehadkannya ke 1.5°C.

Trak Scania dalam penggunaan Kontena Penghantaran boleh mencapai penggunaan bahan api terbaik hingga 4.0 km/liter dan pengurangan pelepasan CO2 terbaik hingga 0.82kg/km. Untuk penggunaan Pengangkutan Pukal, penggunaan bahan api terbaik berupaya mencapai 3.6 km/liter manakala pengurangan pelepasan CO2 terbaik pula dapat mencapai 0.81 kg/km. Penggunaan bahan api terbaik untuk penggunaan Kargo Am dapat mencapai 3.6 km/liter, sementara pengurangan pelepasan CO2 terbaik pula boleh mencapai 0.77 kg/km. Untuk Traktor Jongket (Tipper) pula, penggunaan bahan api terbaik boleh mencapai sehingga 2.0 km/liter, sementara pengurangan pelepasan CO2 terbaik boleh mencapai sehingga 0.93 kg/km. Mod Ekonomi, bersama dengan penyelesaian menyeluruh Scania seperti Instalment Plan R&M7 dapat membantu pengendali mencapai penjimatan dari segi bahan api dan pengurangan dalam pelepasan CO2 secara konsisten.

Pelanggan yang memilih untuk tidak menggunakan tetapan default Mod Economi boleh berbuat demikian sebelum penghantaran atau selepas menerima penghantaran kenderaan Scania baharu mereka. Jika sebelum penghantaran, pelanggan perlu memaklumkan wakil jualan Scania, tetapi jika selepas penghantaran, pelanggan boleh menghantar kenderaan ke mana-mana bengkel Scania untuk mengubah tetapan mengikut pilihan mereka. Kos buruh akan dikenakan.

“Tetapan default Mod Economi yang didapati dalam semua trak dan koc Scania dengan Opticruise, berupaya menjimatkan bahan api, melindungi alam sekitar sambil menyampaikan keuntungan yang lebih baik. Bersama dengan perkhidmatan penyelenggaraan dan kewangan Scania, pelanggan akan mencapai kejayaan dalam operasi mereka di samping memainkan peranan dalam SBTi,” tambah Tom. “Saya menggalakkan pelanggan kami untuk memilih dan menyertai kami dalam perkongsian ini ke arah masa depan yang mampan bukan sahaja untuk perniagaan mereka malah juga untuk planet ini.”