Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 04 November 2022

Bills Logistic Melanggan Scania Total Solutions untuk Penghantaran XT Mereka

Scania menyerahkan enam unit G460A6X4NZ Scania New Truck Generation (NTG) XT dengan Kontrak Repair & Maintenance serta Sewa Beli dan Insurans Perkhidmatan Kewangan kepada Bills Logistic Solution Sdn Bhd (Bills Logistic). Bills Logistic akan menikmati kebolehpercayaan terbaik, kecekapan bahan api, pengurangan pelepasan CO2, peningkatan kekerapan muatan dan uptime. Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara, menyerahkan kunci XT kepada Chiew Keng Kah, Pengarah Urusan, Bills Logistic. 

Daripada enam Scania NTG XT yang diserahkan adalah dua unit yang berada di Pajakan Operasi atau Operating Lease (OL). OL ialah salah satu daripada penyelesaian yang terbaru sebagai sebahagian daripada perkhidmatan Scania Total Solutions. Direkodkan sebagai Scania OL pertama untuk Kenderaan Komersial Bertugas Berat di Malaysia, ia akan memberikan keuntungan yang terbaik kepada Bills Logistic disebabkan kos bulanan yang lebih rendah. Ansuran biasanya lebih rendah daripada Perjanjian Sewa Beli standard. Sedikit atau tiada kos pendahuluan diperlukan untuk memulakan pengendalian kedua-dua NTG XT ini. Oleh kerana aset tersebut adalah di bawah Scania Credit Malaysia sebaliknya, tiada kos susut nilai akan dikenakan dan bayaran bulanan dianggap sebagai perbelanjaan operasi dan boleh ditolak cukai. 

Baki empat unit disokong oleh Sewa Beli Scania Credit Malaysia yang memberikan Bills Logistic penyelesaian logistik yang komprehensif tanpa sebarang kebimbangan. Bills Logistic juga akan merealisasikan keuntungan serta-merta dengan kos bulanan tetap dan boleh diramal daripada Pelan Ansuran Scania. 

Kontrak R&M yang ditandatangani oleh Bills Logistic akan menuntungkan operasi syarikat kerana kos yang boleh diramal selama tujuh tahun. Bills Logistic akan dapat menumpukan perhatian pada perniagaannya dengan menggunakan sepenuhnya NTG XT dengan masa henti yang dirancang memberikan masa operasi maksimum disebabkan penjadualan yang tepat untuk pembaikan dan penyelenggaraan dengan alat ganti yang tersedia menghapuskan gangguan dalam operasi hariannya. 

NTG XT juga dicipta dan direka bentuk untuk memberikan Bills Logistic kecekapan bahan api yang lebih baik dan pelepasan CO2 yang lebih rendah kerana ia dilengkapi dengan rangkaian kuasa termaju dan penyelesaian aerodinamik yang memberikan tiga peratus penjimatan bahan api yang lebih baik. Mod Ekonomi yang telah ditetapkan secara lalai, dalam NTG XT Bills Logistic yang disertakan dengan Opticruise, menjimatkan lebih banyak bahan api. 

Fleet Management System Control 10 memberikan Bills Logistic lebih banyak maklumat dan pandangan. Daripada keperluan teras seperti kedudukan masa nyata NTG XT, melalui prestasi kenderaan, laporan alam sekitar, perancangan perkhidmatan dan pelaporan kecacatan sehinggalah kepada penilaian pemandu yang akan membantu Bills Logistic mengenal pasti potensi peningkatan penggunaan kenderaan yang boleh dicapai melalui latihan dan bimbingan pemandu. 

Scania NTG XT bersedia untuk menempuh cabaran yang paling sukar. Ia boleh disesuaikan untuk menahan persekitaran yang mencabar, menjamin masa beroperasi dan meningkatkan produktiviti, agar Bills Logistic menjalankan operasi yang menguntungkan. Memandu trak XT menunjukkan kualiti sebenar dan merupakan tanda kekukuhan dan kuasa. Bampar keluli XT memberikan perlindungan yang sangat baik untuk komponen di hadapan kenderaan, mengurangkan masa henti yang tidak diingini dan pembaikan ruang pemandu dan casis yang mahal sambil meningkatkan mobiliti dengan sudut serang yang lebih besar. Scania XT dilengkapi dengan perlindungan lampu depan dan lampu kabus bersepadu di bampar. Apabila memandu dalam persekitaran yang lasak, mempunyai lampu yang boleh dipercayai yang tidak pecah membuat perbezaan yang besar. Pin tunda yang mudah diakses di bahagian hadapan menyediakan kapasiti tunda 40 tan, yang paling kuat di pasaran. Ia membolehkan kenderaan ditarik keluar dari sebarang masalah dengan cepat, walaupun dengan muatan kargonya. Cermin XT yang teguh mempunyai permukaan bercorak lasak yang tahan calar, membantu cermin mengekalkan kualiti tingginya dari semasa ke semasa. 

Keselamatan didatangkan dengan piawaian Scania XT yang dilengkapi dengan Electronic Braking System (EBS) dan Anti-Lock Braking System (ABS) berteknologi maju dan turut dilengkapi dengan Daytime Running Light (DRL) untuk penglihatan yang lebih baik untuk kenderaan sekeliling ketika di jalan raya. Tempat duduk boleh laras yang berhampiran dengan pintu, papan pemuka ergonomik, dan cermin depan yang besar dengan pandangan lanjutan memudahkan pemandu untuk beroperasi dalam persekitaran yang selamat dan selesa. 

“Saya telah menggunakan Trak Scania sejak 2012 dan pastinya saya menjamin kebolehpercayaan kenderaan ini. Dengan siri New Truck Generation XT, saya akan menikmati kecekapan bahan api terbaik, pengurangan pelepasan CO2, peningkatan kekerapan muatan dan uptime. XT adalah sebuah trak lasak yang berbaloi membelinya, dan ia dilengkapi dengan begitu banyak ciri yang akan memberi manfaat kepada operasi saya secara konsisten,” kata Chiew. 

Bills Logistic Solution Sdn. Bhd ialah rakan kongsi logistik yang dipercayai dengan pejabat dan hab yang terletak secara strategik di pelusuk tempat di Malaysia dan Singapura. Dengan pasukan berdedikasi yang mempunyai lebih lima belas tahun pengalaman dalam industri logistik dan pengangkutan, Bills Logistic dilengkapi dengan flit 30 trak Scania yang diselenggara dengan baik. Sejak 2007, mereka telah menyediakan keupayaan pengangkutan berkualiti secara segera untuk kepuasan rangkaian pelanggan mereka yang bereputasi. 

“Kami berbesar hati menjadi salah satu faktor pendorong untuk rancangan pengembangan Bills Logistic. Perkhidmatan Kewangan Scania dan R&M kami akan terus meningkatkan perniagaan Bills Logistic ke arah arena kemampanan dan keuntungan yang telah mereka nikmati sejak dua dekad yang lalu. Ketahuilah bahawa Scania akan sentiasa menyokong Bills Logistic, terutamanya dengan perkhidmatan selepas jualan kami dan Bantuan Scania 24/7,” kata Heba.