Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 10 September 2022

Majlis Shell Rimula Gala Dinner Kembali Untuk Meraikan Kepercayaan dan Kesetiaan Pelanggan

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah meraikan kepercayaan dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh para pelanggan Shell Rimula di majlis perjumpaan secara bersemuka kali pertama sejak lebih tiga tahun di Sibu, Sarawak, baru-baru ini. 

Lebih daripada 370 pengedar dan pelanggan diraikan di majlis Shell Rimula Gala Dinner 2022 sebagai penghargaan kepada semangat dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi menjadikan Shell Rimula jenama minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO atau heavy-duty diesel engine oil) nombor satu di Malaysia. 

Menyingkap tema acara “Kembali Berjuang” bagi menyatukan hati dan kembali semula dengan lebih gagah, Pengarah Urusan Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, Nyon Kam Yew menyatakan keyakinan bahawa Shell Rimula akan muncul dengan lebih kukuh walaupun berdepan dengan persekitaran perniagaan yang mencabar. 

“Kami telah melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk meringankan kesan pandemik, naik turun tukaran mata wang asing serta pelbagai cabaran lain dan kami akan meneruskan kerjasama dengan rakan-rakan niaga kami untuk bersama-sama menangani tempoh yang sukar ini. Kami gembira bahawa para pelanggan setia kami masih memilih Shell Rimula, terutamanya di Sabah dan Sarawak.  Ini telah membolehkan Shell Rimula mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran secara keseluruhan dan mencapai pertumbuhan jualan dua angka berbanding tahun 2021!” beliau berkata. 

Sebagai pembekal pelincir siap global yang terkemuka di dunia selama 15 tahun berturut-turut, Shell telah mempamerkan pemahaman yang jelas tentang keperluan pelanggan  menguruskan kos secara berhemah dan isu kemampanan alam sekitar menjadi faktor kejayaan kritikal yang penting. 

“Portfolio semasa HDDEO Shell Rimula di Malaysia seperti minyak enjin sintetik penuh Shell Rimula R6 LM dan minyak enjin teknologi sintetik R5 LE direka untuk memberikan selang waktu penukaran minyak yang lebih lama dan penjimatan bahan api yang lebih baik.  Pelancaran minyak enjin teknologi sintetik Shell Rimula R4 Plus yang baharu pada bulan Ogos 2021 juga telah diterima baik di pasaran dan telah membantu menggandakan jualan pelincir premium Shell5,” Nyon berkata. 

Dato' Sri Toh Keng Tiong, JP Pengarah Eksekutif, Swee Quarry Sdn Bhd, pelanggan Shell Rimula selama lebih 20 tahun, berkata bahawa produk jenama ini telah berjaya memenuhi keperluan perniagaan syarikat kuari ini. 

“Sejak menggunakan Shell Rimula, kenderaan dan jentera berat kami dapat mencapai prestasi enjin yang lebih baik dan selang waktu penukaran minyak yang lebih lama dan ini membantu mengurangkan kos operasi kami dengan ketara,” beliau berkata. 

Pengurus Operasi Landasan Kembar Sdn Bhd, Chew Yee Chu berkata bahawa rekod prestasi Shell sebagai salah satu pengeluar pelincir yang terbesar di dunia dan sejarahnya selama 131 tahun di Malaysia bermakna pelanggan boleh menggunakan produk seperti Shell Rimula dengan penuh yakin. 

“Kami amat pasti kerana kami tidak menerima sebarang aduan daripada para mekanik atau pemandu kami yang berkaitan dengan masalah pelincir sejak menggunakan Shell Rimula,” beliau berkata.