Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 11 May 2016

Malaysia Commercial Vehicle Expo 2017 - terbesar di Asia Tenggara

Asian Trucker Media menawarkan lebih daripada sekadar sebuah majalah bagi industri kenderaan perdagangan berat. Seminar dan acara adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang kami tawarkan dan ekspo ini adalah bukti keupayaan kami dalam menyatukan penggiat industri dan secara tidak langsung bekerjasama menjayakan ekspo ini. Dianjurkan oleh Asian Trucker, ekspo ini telah mendapat sambutan yang amat positif di dalam industri.

Ekspo yang sama pernah dikenali sebagai Malaysia International Bus, Truck & Components Expo (MIBTC), dianjurkan oleh pihak yang sama iaitu Asian Trucker. Ini adalah satu-satunya ekspo di Malaysia yang khusus untuk industri pengangkutan lori, logistik dan bas serantau. Ekspo ini bertujuan sebagai satu platform eksklusif yang mengumpulkan penggiat industri yang terbaik seperti pengeluar, pembekal peralatan dan pembekal perkhidmatan. Ia adalah satu-satunya ekspo yang melibatkan perdagangan (business-to-business) berskala antarabangsa di Malaysia, juga memberi tumpuan serta sokongan kepada industri perdagangan berat.

MIBTC 2013
MIBTC yang pertama telah diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) di Kuala Lumpur pada 13 - 15 Jun 2013 dengan keluasan 8 000 meter persegi, ruang yang digunakan untuk pameran.

"MIBTC 2013 memberikan peluang yang baik untuk rakan-rakan industri yang bersama-sama di bawah satu bumbung bagi memartabatkan lagi industri kenderaan komersial. Saya gembira bahawa pelanggan kami yang sedia ada, pelanggan yang berpotensi serta pengunjung, berpeluang untuk melihat apa kami tawarkan terutamanya produk yang berjenama Eropah kepada industri. Bagi Scania, ia merupakan platfom yang baik bagi peningkatan yang berterusan dalam produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Terima kasih Asian Trucker, bagi ekspo yang sangat berjaya ini,” James Armstrong, Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara dan Scania Malaysia.

MIBTC 2015
Teruja dengan sambutan yang menggalakkan terhadap ekspo yang diadakan pada tahun 2013, Asian Trucker sekali lagi menjadi tuan rumah MIBTC yang kedua pada tahun 2015. Acara ini berlangsung di MIECC, The Mines, lokasi yang sama.

Mereka yang terlibat dengan ekspo telah menyaksikan satu peristiwa yang lebih besar dan lebih menarik. Asian Trucker “Networking Night”, majlis makan malam yang bertemakan "Keselamatan" telah dihadiri kira-kira 600 peserta ekspo dan 40% lebih banyak ruang telah ditambah untuk ekspo tersebut.

Malaysia Commercial Vehicle Expo – MCVE 2017
Ekspo yang sama kembali untuk kali yang ketiga, Asian Trucker menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada ekspo kenderaan perdagangan berat terbesar di Asia Tenggara. Sambutan yang baik pada ekspo yang lalu, kami kembali pada bulan Mei 2017 dengan nama yang baru dan lebih eksklusif.

MCVE anjuran Asian Trucker bakal diadakan di Mines International Convention and Exhibition Centre dari 18 hingga 20 Mei 2017. Asian Trucker “Networking Night” akan turut diadakan sekali lagi bersamaan dengan tarikh ekspo.

Pembeli dan pengusaha berpeluang untuk mengkaji semula tawaran terbaru dari segi trak, bas, perkhidmatan dan komponen. Semasa ekspo, agensi-agensi kerajaan dan persatuan profesional, akan menyertai pihak penganjur untuk mengadakan seminar bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai produk, perkhidmatan yang berkaitan dengan industri.