Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 10 February 2023

Allianz General Melancarkan Allianz Truck Warrior

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah melancarkan Allianz Truck Warrior, sebuah manfaat tambahan yang menyediakan bantuan tepi jalan untuk pemegang polisi Kenderaan Barangan Allianz (komprehensif) yang terlibat dalam kemalangan atau mengalami kerosakan. Manfaat ini juga merupakan perlindungan pertama seumpamanya yang mula dikeluarkan pada 12 Januari 2023. 

Dengan Allianz Truck Warrior, pemegang polisi boleh menikmati perkhidmatan bantuan tepi jalan sehingga tiga kali setahun, penundaan kenderaan barangan mereka sehingga 100km dua hala dengan trak tunda berjenama Allianz, perkhidmatan pembaikan di lokasi kejadian untuk kerosakan dan elaun bantuan banjir sehingga RM5,000 untuk setiap kejadian banjir. Bagaimanakah anda boleh memperolehi manfaat tersebut? Anda hanya perlu membeli polisi insurans motor kami dan tambahkan RM120 untuk mendapatkan Allianz Truck Warrior. 

“Tahukah anda bahawa purata kos menunda sebuah lori apabila ia rosak adalah dalam RM800 dan kos tersebut meningkat berdasarkan jarak? Dengan Allianz Truck Warrior, kami menawarkan anda dengan sebuah penyelesaian yang menyingkirkan tempoh menunggu, tawar-menawar dan rundingan dengan hanya RM120! Anda tidak perlu menunggu lama untuk sebuah trak tunda dan produktiviti anda tidak akan terjejas teruk kerana kami akan membantu anda, tepat pada masa yang anda perlukan. Di samping itu, penundaan sehingga 100km (dua hala) dan perkhidmatan pembaikan di lokasi boleh didapati untuk kerosakan serta anda layak untuk bantuan banjir sehingga RM5,000,“ kata Horst Habbig, Ketua Pegawai Jualan, Allianz General. 

Tambah beliau lagi, untuk melayakkan diri mendapat perlindungan tersebut, kenderaan tersebut harus memenuhi syarat-syarat berikut; kenderaan barangan tersebut mesti mempunyai permit A dan C dengan Perlindungan Komprehensif, sehingga 7.5 tan Berat Dengan Muatan, dan usia kenderaan tidak melebihi 20 tahun. 

“Di Allianz Malaysia, besar atau kecil, kami tunda semuanya! Berdasarkan statistik daripada Laporan Perkhidmatan Insurans Malaysia, terdapat dalam 670,000 buah kenderaan barangan yang diinsuranskan pada tahun 2021. Oleh itu, perkhidmatan tambahan yang kami tawarkan ini adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan pemilik kenderaan barangan, dan ini melengkapkan rangkaian perkhidmatan kami – kami melindungi kereta, motosikal, dan kenderaan barangan. Kami telah merapatkan jurang dan berbangga kerana menjadi satu-satunya penanggung insurans yang menawarkan perkhidmatan tambahan ini,“ rumus Horst.