Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

CANST mendapat pengiktirafan khas daripada Scania sebagai tiga syarikat pengangkutan terbaik paling banyak pengurangan pelepasan CO2

Pengiktirafan khas telah diberikan kepada Circular Agency and North-South Transport (CANST) kerana menjadi syarikat pengangkutan ketiga terbaik sebagai penandaan penambahbaikan dalam mengurangkan pelepasan karbon dioxide (CO2) melalui perjanjian perkongsian Scania Ecolution. Kejayaan ini telah mendorong CANST untuk terus komited dengan membeli 10-unit Scania G410A6x2NZ (4 unit) dan Scania G360A4x2NA (6 unit) baharu dengan Kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan (R&M), yang kesemuanya juga termasuk dalam perkongsian Scania Ecolution. Kejayaan dan komitmen CANST untuk mengurangkan lebih banyak jejak karbon secara rasminya diraikan dalam majlis baru-baru ini yang diserikan oleh Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara dan Dato’ Lee Hau Hian, Pengarah Urusan Batu Kawan Berhad di premis CANST. CANST adalah anak syarikat Kumpulan Batu Kawan Berhad. 'A Good Driver' ialah pertandingan yang bertujuan untuk mencari pemandu terbaik yang berjaya meningkatkan pengurangan pelepasan CO2. Untuk pertandingan ini, Scania memutuskan untuk memberi pengiktirafan khas kepada tiga syarikat terbaik dalam pengurangan pelepasan CO2. Semua ini adalah sebahagian daripada komitmen Scania terhadap meminimumkan pelepasan daripada produk dan operasinya sendiri. Ini termasuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 20 peratus daripada pengangkutan darat pelanggannya bagi setiap tan pengangkutan dan 50 peratus daripada operasi sendiri menjelang 2025 (menggunakan 2015 sebagai garis dasar). Sebagai rakan kongsi Ecolution dengan Scania, syarikat yang baik dan pemandu yang baik adalah sebahagian daripada perjalanan ke arah mencapai Scania’s Science Based Target untuk mengurangkan pelepasan CO2 selaras dengan Science Based Target initiative (SBTi). Melalui langganan kontrak R&M, operasi CANST terhindar daripada sebarang kebimbangan melalui kos yang boleh diramalkan. CANST akan dapat menumpukan pada perniagaannya dengan masa henti yang dirancang, memberikan masa operasi maksimum kerana penjadualan yang tepat untuk pembaikan dan penyelenggaraan, dengan itu menghindar gangguan dalam suasana tenang operasi harian. “Kami mengekalkan standard yang sangat tinggi dalam hal keselamatan terhadap produk yang kami hantar. Inilah sebabnya mengapa pemandu CANST yang terlatih sangat sesuai dengan ciri keselamatan tambahan dalam trak Scania. Secara keseluruhan, saya gembira menyatakan bahawa Scania benar-benar menyediakan keselamatan terbaik kepada kami dan pengurangan pelepasan CO2 untuk melancarkan operasi penghantaran harian kami. Trak Scania benar-benar mesra alam,” tegas Dato’ Lee. CANST mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian logistik bahan kimia merbahaya di Malaysia, Singapura dan Thailand. Sebagai pengangkut bahan kimia merbahaya, mereka amat menyedari kepentingan HSE untuk semua penghantaran produk. Semua kenderaan mereka mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan tempatan dan dilengkapi dengan sistem pengesanan. Di samping itu, pemandu mereka sangat terlatih, berpengetahuan, dan berpengalaman dalam mengendalikan bahan kimia untuk memastikan penghantaran yang boleh dipercayai dan selamat kepada setiap pelanggan penting mereka. “Scania ingin mengucapkan tahniah kepada CANST atas usaha pengurangan karbon mereka. Dengan mengembangkan perkongsian Scania Ecolution dan Kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan untuk penghantaran terbaru ini menunjukkan komitmen sebenar CANST dalam menjaga alam sekitar dan kecemerlangan operasi. Saya sangat positif amalan operasi CANST akan menggalakkan pihak lain untuk sama mengikutinya, "kata El Tarifi.

  • Hits: 415