Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 03 July 2023

MAN Malaysia Pamer Trak Spesifikasi ADR Tertinggi di Acara Pertemuan Khas untuk Industri Petroliam dan Gas

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) mempamerkan dua buah trak MAN TGS dengan spesifikasi ADR Kelas EX/II dan EX/III tertinggi (dengan persijilan) semasa pertemuan yang dianjurkan untuk syarikat-syarikat pengangkutan ayang terlibat dalam industri petroliam dan gas, pembina badan trak, rakan niaga dan agensi kerajaan baru-baru ini.

ADR atau “Accord Dangereux Routier” dalam bahasa Perancis yang bermaksud “Perjanjian Eropah tentang Pengangkut Barangan Bahaya melalui Jalan Raya Antarabangsa” dan merupakan standard yang mentadbir pengangkutan barangan bahaya melalui jalan raya.  

Tidak seperti kebanyakan trak ADR di pasaran Malaysia yang hanya mematuhi sehingga Kelas FL (dilengkapi untuk membawa cecair mudah terbakar), MAN Malaysia telah melengkapkan varian Trak MAN TGS ADR Euro V yang kini  terbukti dan terkemuka di pasaran dengan spesifikasi Kelas EX/II dan EX/III sebagai standard. Ini bermakna kenderaan tersebut disahkan sesuai untuk mengangkut kargo termasuk bahan letupan atau objek dengan bahan letupan.  

Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O'Brooks berkata keputusan syarikat untuk menawarkan varian Trak MAN TGS ADR dengan ciri keselamatan tahap tertinggi mencerminkan komitmennya sebagai pengeluar trak yang bertanggungjawab dan bertekad memastikan keselamatan yang muktamad untuk pemandu, perniagaan dan orang awam di setiap perjalanan mengangkut kargo berbahaya. 

Trak MAN TGS ADR berkuasa Euro V dibina dengan mengambil kira keselamatan sepenuhnya. Ciri keselamatan pasif yang utama termasuk beg udara pemandu dan tali pinggang keledar tiga mata bersepadu dengan penegang sebagai standard; suis pemotongan kuasa kecemasan di dalam dan di luar kabin; roda aluminium dan bukannya keluli untuk mengurangkan berat dan geseran; dan sistem pemulangan bumi di mana tiada kabel bumi disambungkan ke casis untuk mengelakkan renjatan elektrik.  Abah-abah wayar juga disarungkan dalam bahan pelindung kebakaran walaupun untuk varian Trak MAN standard.  

Keselamatan aktif disediakan menerusi sistem pengurusan brek elektronik MAN BrakeMatic® proprietari yang menyatukan dan menyelaraskan tindakan brek servis, sistem kawalannya dan sistem brek berterusan apabila pedal brek ditekan untuk mengelakkan kejadian “jackknife” dan memastikan trak sentiasa berada dalam garisan lurus. 

Trak ADR MAN TGS juga dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju atau ADAS seperti  Lane Guard System (LGS) dengan Lane Departure Warning (LDW) untuk mengelakkan pertukaran lorong yang tidak diingini; Adaptive Cruise Control (ACC) yang campur tangan secara automatik untuk mengekalkan jarak selamat dari kenderaan di hadapan secara berterusan; Electronic Stabiity Programme (ESP) yang mencegah pengemudian terkurang, pengemudian terlebih, berpusing dan terbalik; dan Emergency Brake Assist (EBA) generasi kedua yang mengaktifkan brek automatik untuk mengelakkan perlanggaran yang akan berlaku.