KEMB Menyapu Bersih Tempat Tiga Teratas Dalam Pertandingan ‘A Good Driver’ Scania
Pemandu terbaik Konsortium E-Mutiara Berhad (KEMB) memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan ‘A Good Driver’ Scania! Pemenang tersebut memandu koc yang menyertai perjanjian Scania Ecolution dan mencapai penjimatan bahan api terbaik serta pengurangan emisi Karbon Dioxida (CO2). Pemandu Razali Mat muncul sebagai juara diikuti tempat kedua, Mohd Ruhaimie Mohd Noor dan ketiga, Mohd Zaki Said. Mereka menerima hadiah dan pengiktirafan yang selayaknya di ibu pejabat KEMB di Kota Bharu.
Jumlah keseluruhan flit KEMB adalah sebanyak 69-unit dengan dua jenama koc: Jenama E-Mutiara Premier dan jenama Musafir Economy, bagi memenuhi kumpulan sasaran penumpang yang berbeza. Sebanyak 18-unit lagi akan dihantar kemudian.
Selepas lebih 20 tahun perkongsian mampan, ikatan kukuh yang diwujudkan antara KEMB dan Scania, membawa kepada KEMB menjadi syarikat yang pertama menandatangani perjanjian Scania Ecolution di Asia semasa ia diperkenalkan pada 2018. Langkah tersebut merupakan satu lagi kejayaan kerana KEMB telah pun mendaftar menyertai Repair & Maintenance (R&M) dan Fleet Management System (FMS) untuk flitnya.
Langkah ini memberi peluang kepada KEMB untuk mengurangkan pelepasan CO2 sambil mengurangkan penggunaan bahan api untuk flitnya. Sebagai sebahagian daripada pembangunan kemampanan KEMB, ia mengguna pakai falsafah perniagaan kemampanan Scania dan mencatatkan kejayaan tahun demi tahun. Untuk membuktikan komitmen KEMB terhadap perjanjian Scania Ecolution, ia telah berjaya mengurangkan penggunaan bahan api flitnya dengan ketara dan mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 2 358 338 kg yang bersamaan dengan penanaman kira-kira 35 375 batang pokok sepanjang tempoh Disember 2021 hingga Disember 2022.
“Mendapatkan pemandu untuk memperbaiki tingkah laku pemanduan mereka adalah kunci untuk membawa mereka ke jalan yang betul sekali gus mencapai kemenangan. KEMB menjejaki pergerakan dan cara pemanduan mereka melalui FMS dan menggunakan data untuk menunjukkan dengan jelas cara pemanduan yang boleh diperbaiki. Dan dengan perkhidmatan Scania Training dan Coaching, mereka dinasihatkan untuk mengurangkan melahu, memecut laju dan brek yang keras serta meningkatkan pemanduan coasting semasa mereka sedang memandu. Menyedari bahawa mereka secara konsisten menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan CO2 dalam perjalanan mereka mendorong mereka untuk mencapai kemenangan dengan mengubah cara pemanduan mereka sebelum ini, " kata Che Ibrahim Che Ismail, Pengerusi Eksekutif KEMB.
Lebih 478 kenderaan Scania daripada lebih 42 pelanggan di Malaysia adalah sebahagian daripada Scania Ecolution. Syarikat dan pemandu yang baik ini juga merupakan sebahagian daripada usaha global untuk mencapai Sasaran Berasaskan Sains bersama-sama dengan Scania. Scania komited ke arah meminimumkan pelepasan daripada produknya dan operasinya sendiri. Ini termasuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 20 peratus daripada pengangkutan darat bagi setiap tan yang diangkut menjelang 2025 (menggunakan 2015 sebagai garis dasar), dan 50 peratus daripada operasinya sendiri. Sebagai rakan kongsi Ecolution dengan Scania, syarikat dan pemanduan yang baik adalah sebahagian daripada perjalanan ke arah mencapai pengurangan pelepasan CO2 selaras dengan Sasaran Berasaskan Sains Scania bagi inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) yang terkandung dalam Perjanjian Paris pada 2015.
'A Good Driver' (AGD) ialah pemandu trak atau koc dan bas dari 'A Good Company'. Pemandu layak secara automatik selagi mereka adalah sebahagian daripada perkongsian Scania Ecolution dan memandu kenderaan tertentu di bawah program ini. Kenderaan yang mereka pandu ditandakan dengan pelekat Scania Ecolution serta baju-t dengan Lencana Kelayakan AGD.
Untuk menang, pemanduan yang baik mesti menghasilkan peratusan terbaik km/liter peningkatan sepanjang tempoh tersebut. Ini boleh dikesan menggunakan Fleet Management System Scania. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga kemudiannya akan menerima sijil dan pelbagai hadiah premium Scania yang menarik. Yang terbaik adalah yang memandu secara konsisten dengan cara yang selamat, jimat bahan api dan mesra alam akan mendapat Jaket Juara dengan Lencana Juara AGD. Syarikat yang diwakili pemenang mendapat baucar perkhidmatan masing-masing bernilai RM5,000/3,000/1,000.
“Tahniah kepada KEMB sebagai ‘A Good Company’ kerana menjadi pemenang terbaik dalam pertandingan ini. Komitmennya yang tidak berbelah bahagi dalam perkongsian Scania Ecolution bukan sahaja akan menghasilkan pemandu kelas terbaik yang menjimatkan bahan api tetapi juga mengurangkan pelepasan CO2 untuk alam sekitar dan generasi akan datang” kata Thor Brenden, Pengarah Jualan Perkhidmatan dan Operasi, Scania Asia Tenggara.