Pusat Pameran Perdana Isuzu Yang Pertama di Naik Taraf di Malaysia Timur Kini Dibuka
Rhino Motors Sdn Bhd, pengedar ISUZU Malaysia di Kuching telah melancarkan pusat pameran dan servis 3S yang baharu di lokasi strategik di Jalan Tun Jugah di Kuching, Sarawak. Pusat 3S baharu ini merupakan kemudahan pertama di Malaysia Timur yamenampilkan rekaan bilik pameran kontemporari Isuzu, merangkumi fasad baharu dengan identiti jenama yang lebih segar. Ruang dalamannya pula menawarkan pengunjung dan pelanggan dengan daya tarikan baharu, keselesaan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti dalam pengalaman pembelian dan pemilikan kenderaan.
Berucap pada majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif ISUZU Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, “Reka bentuk bilik pameran moden ini adalah inisiatif yang bertujuan untuk mendekatkan diri kami dengan pelanggan berpotensi di rantau ini. Ia dilakukan menerusi pendekatan lebih dinamik dan pengalaman berbeza yang ingin kami berikan sepanjang perjalanan mereka menjadi pemilik produk Isuzu.
“Selain menawarkan akses yang lebih baik ke atas produk dan kepakaran Isuzu, saya percaya bahawa pusat 3S ini juga akan memainkan peranan penting dalam kehidupan pelanggan kami. Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Rhino Motors di atas pelancaran pusat ini. Kami yakin ia akan dapat menawarkan kualiti perkhidmatan lebih cemerlang dan pengalaman pemilikan kenderaan yang terbaik dari mula hingga akhir.”
Pelanggan yang berkunjung ke pusat 3S baharu ini akan disambut dengan rekaan fasad moden dan keunikan jenama Isuzu yang menarik sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke premis tersebut. Direka dengan mengutamakan keselesaan pelanggan, ruang dalamannya dipasang dengan lampu dan penghawa dingin di sekeliling. Ini pastinya memberikan suasana yang kondusif, nyaman dan eksklusif untuk memenuhi tujuan kunjungan.
Kawasan yang luas itu mempunyai ruang khas untuk resepsi servis. Ruang tamu pula membolehkan pengunjung untuk perbincangan. Manakala ruang pameran memiliki satu bahagian di mana sebuah kenderaan ‘hero’ akan dipamerkan untuk membolehkan pelanggan melihatnya secara lebih dekat. Satu ruang khas turut tersedia untuk penyerahan kenderaan baharu kepada pelanggan, manakala satu sudut lagi adalah ruang menjual barangan eksklusif Isuzu buat para peminat.
Selain itu, terdapat panel maklumat digital yang mudah digunakan di mana pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang produk Isuzu dengan hanya satu sentuhan. Ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan mesra alam kerana ia tidak menggunakan sebarang kertas.
Aspek selepas jualan pusat 3S ini dikendalikan oleh pasukan teknikal berpengalaman yang memahami kehendak pelanggan dari segi kecekapan dan kepentingan tempoh boleh guna kenderaan mereka. Di samping itu, terdapat sembilan ruang servis untuk kenderaan Isuzu meliputi empat ruang servis untuk trak komersial dan lima ruang servis bagi kenderaan komersial ringan iaitu Isuzu D-Max.
Berkongsi pandangan, Pengarah Urusan Rhino Motors, David Tay berkata, “Pusat 3S baharu Isuzu ini bersedia sepenuhnya untuk membantu pelanggan dengan maklumat terperinci tentang kenderaan Isuzu yang boleh memenuhi keperluan perniagaan mereka dengan efisien, termasuklah apa jua servis yang mereka mungkin perlukan.
“Kami menawarkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan Isuzu, daripada trak pikap Isuzu D-Max hinggalah trak tugas ringan, sederhana, berat dan prime mover demi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.
“Digabungkan dengan semua perkara yang boleh ditawarkan oleh kemudahan baharu kami ini iaitu lokasi strategik, keselesaan, ruang servis yang banyak, komitmen pasukan dan kesediaan untuk memberi khidmat kepada pasaran, saya yakin kami mampu memenuhi keperluan pelanggan. Pada masa yang sama membolehkan kami terus meluaskan rangkaian pelanggan,” katanya lagi.