Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 08 December 2014

Adakah pasukan Harimau Malaya bersedia untuk bertanding di pusingan akhir di Guangzhou, China?

Selain pemandu trak, juruteknik juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga kondisi trak. Mereka adalah golongan yang mempunyai kepakaran untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pada sesebuah trak atau bas.

Pertandingan Scania “Top Team” edisi 2014-2015 adalah satu pertandingan global yang diadakan setiap dua tahun. Setiap cawangan Scania disetiap negara menjalankan pertandingan yang sama seperti yang dijalankan di Malaysia pada hujung minggu lepas. Pertandingan ini melibatkan pengujian secara teori dan praktikal.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang terpilih ke pusingan akhir, pasukan Harimau Malaya yang akan meneruskan perjalanan mereka mewakili Malaysia di peringkat akhir serantau di Guangzhou, China pada tahun 2015. Ahli-ahli pasukan Harimau Malaya yang terlibat terdiri daripada Amir bin Hamzah, Adde Ham bin Abdul Rahman, Mohd Ghazali bin Mapaita, Mohd Zainy bin Mohd Fadil dan Mohammad Zaki bin Hairol Missuan dari Scania Malaysia Bukit Jelutong berjaya membawa pulang piala pasukan, sijil rasmi penyertaan dan jam tangan rasmi scania.

Sebelum ke peringkat akhir pada 29 November 2014, pasukan yang mengambil bahagian daripada semua kakitangan perkhidmatan di seluruh Malaysia terpaksa melalui ujian bertulis bagi melayakkan diri sebagai peserta akhir. Hasilnya, jumlah lima pasukan telah dipilih untuk bertanding di peringkat akhir yang diadakan Sabtu lalu: Auto City dari cawangan Butterworth, Borneo Hornbill dari cawangan Bintulu, Harimau Malaya dari cawangan Bukit Jelutong, Inovatif dari cawangan Bukit Jelutong dan Pendekar Penyu dari cawangan Ipoh. Setiap pasukan terdiri daripada tiga Personel perkhidmatan, satu Personel Bahagian dan satu Penasihat Perkhidmatan.

Sebelum pertandingan peringkat separa akhir yang diadakan pada 29 November 2014 yang lepas, pasukan yang mengambil bahagian perlu melalui ujian bertulis bagi melayakkan diri sebagai peserta akhir. Hasilnya, lima pasukan telah dipilih untuk bertanding di peringkat akhir yang diadakan Sabtu lalu: Auto City dari cawangan Butterworth, Borneo Hornbill dari cawangan Bintulu, Harimau Malaya dari cawangan Bukit Jelutong, Inovatif dari cawangan Bukit Jelutong dan Pendekar Penyu dari cawangan Ipoh. Setiap pasukan terdiri daripada tiga kakitangan bahagian perkhidmatan, satu kakitangan yang mengendalikan bahagian alat ganti dan satu kakitangan penasihat perkhidmatan.

Terdapat lima stesen yang mewakili kelima-lima bahagian-bahagian yang disenaraikan diatas. Di setiap stesen, setiap pasukan diberikan 20 minit untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan kepada panel hakim dari Scania. 20 minit lagi diperuntukkan untuk ahli-ahli pasukan membuat perbincangan sesama mereka.

"Sudah tentu saya menjangkakan setiap pasukan untuk tahun ini mencapai kecemerlangan dan prestasi yang lebih baik daripada pertandingan sebelumnya. Kami mempunyai kemudahan latihan tahap global di sini dan telah membuat pelaburan dalam peralatan latihan dan pasukan. Setiap minggu, kami akan menghantar sepuluh hingga 12 mekanik untuk kursus latihan. Oleh itu, saya berharap bahawa para peserta akan menggunakan semua kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi dari kursus latihan ke dalam pertandingan ini, "kata Gary Archer, Pengarah Perkhidmatan Scania Asia Tenggara.
"Tambahan pula, pertandingan kali ini mempunyai pengujian yang berbeza untuk para peserta. Lebih sukar, peraturan yang lebih ketat dan mencabar, itu yang pasti, "katanya.