Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 15 November 2014

Aktiviti-aktiviti menarik sepanjang MIBTC 2015 tahun hadapan.

Expo Antarabangsa Malaysia Bas, Trak dan Komponen kali kedua bakal mengujakan para peserta pameran dan pengunjung dengan pelbagai acara baru yang disediakan.

Ruang pameran akan dipenuhi dengan jenama-jenama terkenal dengan produk dan perkhidmatan masing-masing, MIBTC menjanjikan sebuah pameran yang wajib untuk dikunjungi pada May 2015. “Kami akan terus bergerak kehadapan untuk mencapai matlamat kami untuk lebih berinovasi, menganjurkan pameran yang lebih besar dan lebih menarik,” kata Stefan Pertz, Penganjur MIBTC. Disamping itu, aktiviti-aktiviti sampingan akan dikekalkan bersama-sama dengan penambahan beberapa aktiviti baru.

Pertandingan Pemandu Scania – Edisi MIBTC
Jika anda mempunyai lesen memandu yang sah untuk memandu trak, anda layak untuk menguji kemahiran anda ditempat letak kereta terbuka di dalam pertandingan terpenting Scania. Scania “prime mover” bakal menanti anda disana dan sebaik sahaja anda memakai tali pinggang, anda dibenarkan melanggar kon-kon yang ada. Pertandingan ini terbuka kepada semua pemandu trak. Di samping itu, Scania akan menyediakan “Driver’s Lounge” (kawasan rehat), yang akan berada ditingkat Mezzanine.

RC Perlumbaan Trak
Permintaan dari sesetengah pihak, sekali lagi mereka kembali untuk hiburan dan paparan anda. Pemandu trak bagi model tersebut akan berlumba di litar yang yang disediakan. Trak yang digunakan mungkin lebih kecil daripada “Prime Mover” seperti di dalam Pertandingan Pemandu Scania, yang pastinye ia akan lebih lincah. Kepada mereka yang tidak mempunyai lesen, ini merupakan satu cabaran untuk melihat kebolehan memandu trak.

Anugerah Reka Bentuk Ruang Pameran yang Terbaik
Peserta yang terlibat akan berusaha menghias ruang pameran masing-masing sebaik mungkin untuk menarik perhatian para pengunjung. Ruang pameran yang paling menarik akan menerima “Anugerah Ruang Pameran Terbaik”. Pengundian akan dilakukan oleh para pengunjung MIBTC 2015. Ruang pameran yang terpilih akan memenangi hadiah yang merupakan wang tunai.

Sesi Media
Isu-isu penting perlu dibentangkan oleh setiap pihak yang terlibat di dalam industri bagi mengetahui isu-isu yang dihadapi di pihak masing-masing. Satu sesi akan diadakan sepanjang tiga hari berlangsungnya exspo tersebut. Para media akan dijemput untuk mengongsikan sesi perbincangan tersebut. Setiap satu sesi media itu masih terbuka kepada penaja-penaja yang berminat. Jika anda berminat untuk tersenarai di dalam salah satu topik, anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut.