Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 06 May 2014

FUSO Diamond Contest 2014

Terima Kasih terus Menyokong Perkembangan Kami – Mitsubishi Fuso

Cabutan bertuah yang pertama diadakan oleh Mitsubishi Fuso pada tahun 2006 mendapat sambutan yang mengalakkan dan sekali lagi diadakan pada tahun ini di Connexion at Nexus, Bangsar South. Permintaan yang tinggi dan sambutan ulangtahun yang ke-10 Mitsubishi Fuso telah mempertaruhkan Mercedes C200 sebagai hadiah utama di dalam cabutan bertuah.

Pusingan pertama untuk cabutan bertuah Mini telah berlangsung pada 30 April 2014, pusingan kedua cabutan bertuah Mini akan diadakan pada August 2014 dan pusingan cabutan bertuah Mini yang terakhir akan diadakan pada Januari 2015.

Hadiah Cabutan Bertuah Mini Pusing Pertama
Tempat Pertama: Baucer Percutian bernilai RM20 000
Tempat Kedua: Baucer Percutian bernilai RM10 000
Tempat Ketiga: Baucer Percutian bernilai RM5 000
10 Hadiah Saguhati: Baucer Service dan Part bernilai RM1 000

Pemenang tempat pertama untuk pusingan pertama cabutan bertuah Mini ialah G Shank Enterprise (M) Sdn Bhd, pemenang tempat kedua ialah Sun Engle Food Industries Sdn Bhd dan pemenang tempat ketiga ialah On Hing Enterprise Sdn Bhd. Mana- mana pihak yang tidak berpeluang untuk memenangi sebarang hadiah dipusingan pertama cabutan bertuah Mini, masih mempunyai peluang pada pusingan seterusnya.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak FUSO kerana memberi ganjaran kepada pelanggan kami, saya memang tidak menjangkakan apa-apa kemenangan pada hari ini, tapi saya mewakili pelanggan saya amat gembira kerana mendapat tempat pertama di dalam cabutan bertuah Mini,” kata Mr Ng Fook Min, Huan Sin Cycle Motor Sdn Bhd.

“Kami mahu memenangi tempat pertama tetapi dengan kemenangan ditempat kedua juga amatlah berbaloi, kami tidak sabar untuk membawa pulang baucer percutian kepada pelanggan kami yang bertuah itu. Kami berharap konsep cabutan bertuah ini akan diteruskan setiap tahun agar pelanggan kami berpeluang memenangi lebih banyak hadiah,” kata Mr Liew Thian Loy, Pengadang Baru Motors Sdn Bhd.

“Saya telah bersama FUSO lebih tujuh tahun dan saya yakin untuk mengatakan bahawa FUSO semakin maju kehadapan. Kami juga lebih baik dalam memahami kehendak pengguna dan menerima banyak maklum balas serta sokongan yang positif. Semua pihak mengetahui bahawa kami memberi pakej yang fleksibal dan dengan adanya majlis seperti hari ini, cukup untuk membuktikan bahawa kami berkembang seiring dengan peredaran semasa,” kata Mr Jacky Tan, Senior Manager of Retail Sales dan Product Management of Mitsubishi FUSO.