Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 08 May 2014

Briliant Decade Semakin Maju Kehadapan

Pasaran Pengangkutan membangun seiring dengan Perkembangan Negara.

Encik Anndrew MLH, Pengurus Pengangkutandari Briliant Decade Transport Agency Sdn. Bhd berbesar hati untuk berkongsi tentang Briliant Decade. Beliau telah berkerja lebih kurang lima tahun di Briliant Decade telah menjadikannya salah seorang yang penting di dalam syarikat itu.

Sejarah
Hiap Teck Venture Berhad (HTVB) adalah sebuah syarikat yang dinamik dan merupakan syarikat keluli terkemuka di Malaysia. Beroperasi pada tahun 1993, ia adalah sebuah syarikat awam tersenarai di Bursa Saham Malaysia dan telah disenaraikan diperingkat atas syarikat-syarikat keluli Malaysia. Ia mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dan hasil melebihi bilion Ringgit.

Menerusi anak-anak syarikat milik sepenuhnya, HTVB memegang 19 tahun pengalaman di dalam industri keluli, yang menawarkan penyelesaian produk kelu

li untuk asas pelanggan samada tempatan atau antarabangsa di dalam sektor seperti pembinaan bangunan, pembuatan, kejuruteraan serta minyak dan gas. Kami mendekati salah satu daripada anak-anak syarikat HTVB iaitu, Brilliant Decade.
Ditubuhkan pada tahun 1993, Briliant Decade Agensi Transport Sdn Bhd kini memiliki 30 unit trak antara 6 tan kepada 20 tan. Daripada jumlah itu, 27 unit trak dilengkapi dengan pengesanan GPS & pemantauan sistem. Briliant Decade sentiasa menaik taraf pengakutanya untuk seiring dengan keperluan yang semakin meningkat dalam industri pengangkutan.

Syarikat Briliant Decade lebih mementingkan pengangkutan dalaman. Syarikat ini mengutamakan barangan syarikat dan kawasan utama mereka ialah Klang Valley. Barangan yang biasanya dibawa ialah keluli, paip dan lain-lain. Syarikat ini menggunakan beberapa buah jenama trak. Trak yang lebih lama yang masih digunakan seperti trak Nissan, Hino, Izusu dan Scania manakala trak baru mereka adalah Sinotruk dan Auman.

“Pada pendapat saya, jenama trak China semakin mendapat permintaan dipasaran dan penggunaan trak ini juga agak memuaskan, jenama ini juga semakin memenuhi kehendak dipasaran,” kata Encik Anndrew.

Utamakan Keselamatan
Asian Trucker mempersoalkan tentang isu keselamatan yang paling diutamakan dan beliau menjawab “saya mengambil isu muatan berlebihan sebagai suatu isu yang serius. Di dalam Briliant Decade, kami begitu tegas dalam mengikuti had yang ditetapkan untuk setiap muatan trak kami, kerana kami bukan sahaja mementingkan keselamatan permandu, kami juga perlu menjaga trak kami dengan baik. Muatan yang melebihi had boleh membawa kepada kerosakkan trak dan mampu mengundang bahaya kepada ramai pihak,”.

Untuk mengatasi isu ini, Encik Anndrew akan mengadakan pemeriksaaan mengejut terhadap pemandu-pemandu trak syarikat pada setiap bulan. “saya mengamalkan kaedah ini adalah untuk memastikan setiap pemandu trak kami berada di dalam keadaan yang baik. Saya dapati terdapat pemandu yang masih meneruskan kerja mereka walaupun mereka berada di dalam keadaan yang kurang sihat. Apabila kejadian seperti ini berlaku, saya akan mengarahkan mereka untuk berjumpa doktor atau memberi cuti agar mereka boleh berehat,” tambah beliau. Usaha tambahan pula, pihak syarikat akan menghantar pemandu trak mereka untuk menjalani latihan pemanduan yang sewajarnya.

Masa Depan Briliant Decade
Pada masa kini, Briliant Decade hanya menumpukan pengangkutan dalaman. Meluaskan sektor pengangkutan mereka untuk pengakutan luar masih di dalam perancangan dan melaksanakannya di kawasan yang lebih berpontensi. Menambahkan lebih banyak trak syarikat adalah suatu kepastian untuk perkembangan syarikat mereka.