Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 26 March 2014

Kerjaya ini adalah Minat Saya- Pemandu Trak Tunda

Fajar bertemu dengan Nurfaezah bt Abdul Rahim, seorang ibu tunggal yang memandu sebuah trak tunda dan mempunyai bengkelnya sendiri. Asian Trucker menemui beliau untuk meninjau perjalanan kerjaya beliau di Ipoh.

Kisah kerjaya beliau menjadi lebih menarik apabila mengetahui status beliau adalah seorang ibu tunggal. Begitu teruja untuk mengetahui kerjaya wanita ini, kami bertemu di Ipoh. Tidak dinafikan begitu banyak halangan yang perlu diharungi sebelum beliau mampu berdiri teguh pada hari ini.

Permulaan beliau sebagai pemandu trak tunda, beliau menghadapi tentangan daripada pemandu trak tunda lelaki. Suatu mesyuarat diadakan dikalangan persatuan pemandu trak tunda yang keseluruhannya adalah lelaki. Mereka telah bersependapat bahawa wanita tidak boleh memandu trak tunda, ini adalah kerjaya lelaki sahaja. Kecewa dengan tentangan terhadap dirinya, beliau membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi pemandu trak tunda, beliau nekad untuk membuat kemunculan semula. Hari ini, beliau telah berjaya mengusahakan bengkel sendiri selama sembilan tahun. Asian Trucker juga bertemu dengan kenalan Nurfaezah yang telah menjadi tulang belakang kejayaan beliau, memberikan sokongan dan bantuan untuk bekerja dan menerusakan minatnya.

Selain jadual kerja yang sibuk, wanita ini masih tahu bagaimana untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga dan anak perempuannya. Cerita eksklusif penuh akan diterbitkan dalam isu akan datang kami majalah Asian Trucker.