Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 01 April 2014

Rakan Perniagaan SUPERCOOL -COLTRAC mencapai penarafan audit yang sangat tinggi 97.8%.

Fokus di dalam industri tayar celup komersial, Coltrac Sdn Bhd baru-baru ini menjalani audit yang tinggi, menyebabkan penarafan atas mengikut standard Eropah. Kelayakan COLTRAC telah diiktiraf oleh Supercool di Malaysia dan kami diiktiraf sebagai Rakan Perniaga (SBP) GIIB Supercool.

Syarikat menggunakan 100% bahan GIIB dan telah diiktiraf oleh GIIB untuk penggunaan bahan celup mereka. Coltrac juga mendapat pengesahan ISO, untuk memastikan proses dipatuhi dengan lebih ketat.

"Untuk berdaya saing, kita perlu melalui proses yang ketat. Inilah langkah kecemerlang kami" kata Tom Tai, Pengarah Urusan Kontrak. Menurut beliau, perbezaan diantara perniagaan yang berjaya dan perniagaan yang cemerlang adalah dengan cara proses yang diuruskan dan diperiksa. "Bagi industri kami, kami perlu menghasilkan lima lagi tayar bagi setiap satu tayar yang rosak. Oleh itu, mengelakkan kesilapan adalah amat penting" jelas beliau lagi. Setelah menjalani pengauditan luas untuk lima hari, kilang di Seksyen U5, Shah Alam mencapai penarafan yang hebat hampir 98 peratus.

Bukan sahaja kilang mencapai taraf kualiti yang sangat tinggi, tetapi tayar celup telah dihantar untuk menjalani ujian ke Belanda melebihi jangkaan. "Biasanya, tayar celup akan diuji selama 72 jam secara berterusan. Kami telah menghantar 30 tayar untuk ujian dan selepas 118 jam, makmal menghentkani ujian itu dengan berkata tayar celup ini mencapai lebih dari kadar biasa" kata Tai bangga.

Turut hadir dalam kilang semasa temubual adalah BOB, Pengurus Besar GIIB. Beliau menjelaskan kerjasama dengan Coltrac dan menyatakan bahawa ia adalah manfaat bersama. “semakin baik prestasi SBP, semakin baik untuk syarikat kami,” kata BOB. “Ya kami melabur banyak masa dan usaha, tetapi pada akhir hari, kejayaan akan datang pada kita juga ". GIIB membantu bekerjasama dengan perkhidmatan yang akan membantu untuk menyelaraskan kilang-kilang dan meningkatkan prestasi. Sebagai contoh, GIIB menulis dan menterjemahkan semua prosedur untuk kakitangan menguruskan proses tayar celup. "Bagi kami, perkara yang paling penting adalah tayar celup (komersial) tidak gagal. Dalam usaha untuk mencapai ketahap itu, kami juga melakukan penilaian suku tahun" kata BOB.

Menurut GIIB, syarikat itu menyediakan penyelesaian "Cradle to Grave" dan kini bekerja di penyelesaian inovatif untuk meningkatkan lagi penawaran syarikat. Pada masa ini, cip RFID akan dilekatkan pada semua tayar yang diproses oleh Coltrac, yang menunjukkan bahawa satu langkah ke arah peningkatan pengurusan tayar.