Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 12 May 2014

Shell Rimula Lancarkan Pameran Bergerak Makmal Teknologi di Malaysia Timur

Shell Rimula, jenama minyak enjin diesel tugasan berat utama di Malaysia, telah melancarkan pameran bergerak Makmal Teknologi Shell Rimula di Sarawak dan Sabah sebagai sebahagian daripada promosi global 2014.

Makmal Teknologi Shell Rimula akan singgah di lapan lokasi di Sarawak dan Sabah dari 10 Mei hingga 22 Jun 2014.

Empat lokasi di Sarawak ialah KTS Crown Tower di Kuching pada 10 Mei dari jam 10.00 pg – 2.00 ptg; Delta Mall, Sibu pada 13 Mei dari jam 12.00 tgh hari – 4.00 ptg; Park City Mall, Bintulu pada 15 Mei dari 12.00 tgh hari ini – 4.00 ptg dan E-Mart Supermarket, Bandar Baru Permy Jaya, Miri pada 17 Mei dari 12.00 tgh hari – 4.00 ptg.

Di Sabah, Makmal Teknologi Shell Rimula juga akan membuat persinggahan di empat lokasi, iaitu Giant Supermarket di Batu 5, Jalan Labuk, Sandakan pada 6 Jun; Teck Guan Sdn Bhd, Taman Seri Perdana, Jalan Silam, Lahad Datu pada 8 Jun; Giant Supermarket di Jalan Apas, Tawau pada 14 Jun dan Sutera Harbour di Kota Kinabalu pada 22 Jun. Semua pameran bergerak akan diadakan dari jam 10.00 pg hingga 2.00 ptg dan terbuka kepada orang ramai.

Sambil mengekalkan tema ‘Kerja Keras’ yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pemandu trak pada dua tahun lepas, pameran bergerak Shell Rimula tahun ini mengambil pendekatan yang lebih bersifat pendidikan menerusi Makmal Teknologi Shell Rimula.

Matlamat Makmal Teknologi Shell Rimula ialah untuk memaparkan teknologi inovatif di sebalik Shell Rimula dan ciri kelebihan minyak pelincir sintetik itu dengan cara yang menyeronokkan dan berasaskan pengalaman menggunakan kit alatan demonstrasi khas, aplikasi digital, permainan menyeronokkan dan video.

Menurut Encik Alex Lim, Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, kombinasi antara kepimpinan teknologi, produk inovatif yang memberikan manfaat ketara dan interaksi berkesan di peringkat akar umbi yang menunjukkan kesefahaman dengan pelanggan telah memantapkan kepimpinan pasaran Shell Rimula di peringkat global dan juga di Malaysia.

“Di Shell, kami turut membezakan diri daripada pesaing sebagai penyedia penyelesaian minyak pelincir lengkap bagi pengendali angkatan kenderaan. Kami mempunyai penyelesaian produk dan perniagaan yang terkhusus dinamakan “Driveline”, dengan portfolio lengkap produk yang canggih dari segi teknologi untuk melindungi setiap komponen tali pacuan daripada kehausan, asid dan enapan. Produk tersebut termasuk minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula; minyak transmisi, gandar dan gear Shell Spirax; dan gris Shell Gadus,” katanya.


Promosi global Shell Rimula tahun ini juga memberi peluang kepada pelanggan dari seluruh dunia untuk berhimpun dan bersaing dalam Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula 2014 yang merupakan sebahagian daripada lawatan VIP eksklusif ke London, England.

Pada bulan September ini kelak, enam pemenang Hadiah Utama dari Malaysia akan dipilih untuk bersaing dengan peserta akhir dari 12 negara lain dalam pertandingan yang akan menguji kemahiran memandu masing-masing. Peserta perlu memandu pelbagai kenderaan berat untuk menempuh satu siri halangan. Cabaran yang dicipta khas tersebut akan menguji kejituan memandu, kawalan kenderaan dan kerjasama sepasukan peserta dalam usaha mereka dinobatkan Juara Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula.

Peraduan yang diadakan dari 1 April hingga 30 Jun 2014 ini terbuka kepada semua pelanggan yang membeli tong atau baldi minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula R4, R5 atau R6.

Shell Rimula komited terhadap penyelidikan dan pembangunan, dengan membuat pelaburan besar untuk memastikan minyak enjin tugas beratnya diuji dalam kenderaan paling berat dan keadaan pemanduan paling sukar. Hasil penyelidikan inilah yang kemudiannya diguna pakai demi manfaat pelanggan Shell Rimula untuk menawarkan produk minyak pelincir paling canggih di dunia untuk semua kenderaan berat.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terkini dan promosi global Shell Rimula, sila layari www.shell.com.my/rimula-heavyweight-challenge .