Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 03 June 2016

Apollo Tyres meningkat tumpuan terhadap pasaran Malaysia

Selepas berjaya mengukuhkan kedudukannya di Thailand dan Indonesia, jenama tayar terkemuka, Apollo Tyres hari ini mengumumkan pembukaan pejabatnya di Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran automotif ketiga terbesar di rantau ASEAN.

Presiden Rantau Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika, Apollo Tyres Ltd, Satish Sharma merasmikan pembukaan pejabat pertama syarikat itu di Malaysia dalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh rakan-rakan perniagaan terpilih serta para pegawai syarikat. Pengeluar tayar terkemuka itu turut menubuhkan sebuah pasukan pemasaran dan kakitangan perkhidmatan yang lengkap di Malaysia bagi memenuhi komitmen mereka untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan di Malaysia.

Selepas pembukaan hab pemasaran dan pengedaran bagi rantau ASEAN di Bangkok, Apollo Tyres turut mula meningkatkan tumpuan ke arah mengembangkan kedudukannya di Asia Tenggara. Syarikat itu menyasarkan pertumbuhan dan penguasaan pasaran bagi segmen tayar gantian, yang mencatatkan jualan tahunan sehingga 580,000 bagi tayar lori-bas dan 9.5 juta tayar kereta untuk keseluruhan industri tayar.

Satish Sharma ketika berucap pada majlis pembukaan rasmi pejabat Malaysia berkata, “Sejak 2-3 tahun yang lepas, kami telah berjaya memantapkan penguasan dalam pasaran Malaysia yang merupakan pasaran penting untuk perkembangan kami di rantau ini. Rangkaian produk kami amat sesuai dengan keperluan pengguna di Malaysia dan dengan sokongan rakan pengedar serta peruncit utama kami di Malaysia, kami telah berjaya menembusi kebanyakan pasaran bagi segmen tayar gantian utama. Kini, setelah kami mempunyai asas yang kukuh di Malaysia, kami percaya ini merupakan masa yang sesuai untuk kami menumpukan pasaran di sini dengan penubuhan anak syarikat Apollo Tyres Malaysia.”
“Dengan pembukaan pejabat ini dan sebuah entiti perundangan, ditambah pula dengan peningkatan pendapatan yang amat menggalakkan dalam pasaran ini, akan mengeratkan lagi hubungan kami dengan pelanggan Malaysia dan dapat membantu kami untuk memenuhi segala keperluan mereka,” tambah Satish Sharma.

Sebagai salah satu negara yang mempunyai infrastruktur jalan raya yang terbaik di rantau ini, Malaysia mempunyai lebih daripada 90% tahap radialisasi tayar dalam segmen kenderaan komersial. Apollo Tyres, dengan rangkaian Apollo Endurace untuk tayar lori-bus, yang mendapat sambutan hangat pengguna Malaysia, berazam untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama Apollo sebagai pembekal utama tayar lori-bas di dalam pasaran. Begitu juga dengan portfolio tayar kereta penumpang Apollo yang berupaya memenuhi 90% pasaran tayar kereta Malaysia, yang merupakan salah satu daripada pasaran terbesar di rantau ASEAN.