Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 06 June 2016

Majlis Penyerahan 15 Unit Trak Shacman Kepada Syarikat City Zone Express Sdn Bhd.

Syarikat City Zone Express Sdn Bhd telah membeli 15 unit trak Shacman daripada Syarikat YonMing Group. Majlis rasmi penyerahan trak ini telah diadakan di The Beer Factory, Butterworth pada 26hb Mei 2016. Majlis ini juga telah dihadiri oleh beberapa pemilik dan petugas daripada Syarikat-Syarikat logistik, rakan-rakan media dan wakil Shaanxi Heavy Duty Automobile Import & Export Co., Ltd daripada China dan pegawai-pegawai pengurusan kanan daripada Yonming Group.

City Zone Express Sdn Bhd adalah anak syarikat Chasen Holdings Limited, Singapura yang tersenarai di “Singapore Stock Exchange”. Syarikat City Zone Express Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pembekal logistik yang pakar dalam bidang pengangkutan, pengurusan kastam, penghantaran kargo antarabangsa serta perkhidmatan pengedaran dan pergudangan.

Dalam majlis penyerahan tersebut, Encik Raj, Pengurus Besar City Zone Express Sdn Bhd. telah melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syarikat Yonming Group di atas perkhidmatan terbaik yang telah diberikan terutama berkaitan dengan perkhidmatan selepas jualan. Syarikat kami juga telah ditawarkan keistimewaan dalam pakej penyelenggaraan trak, di mana pakej ini amat penting dalam pengurusan pengangkutan dan logistik bagi memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Di samping itu, trak Shacman juga telah menunjukkan prestasi yang baik terutama dalam aspek penjimatan penggunaan bahan api. Justeru itu, saya begitu yakin dan penuh kepercayaan bahawa Yonming Group akan dapat membantu Syarikat Kami untuk berdaya saing di pasaran.

Saya, sebagai pengurus yang bertanggungjawab kepada prestasi City Zone Express Sdn Bhd. akan sentiasa bertindak kepada maklumat pasaran bagi mengatur perancangan-perancangan strategik untuk membolehkan syarikat kami bertahan dalam pasaran yang penuh cabaran ini. Justeru itu, kami memerlukan kelengkapan dan aset-aset yang baik di mana trak Shacman adalah di antara yang dapat memenuhi keperluan ini. Dengan kehadiran pihak Yonming bersama kami, saya percaya perancangan yang lebih baik dapat disusun.

Dalam ucapan balas, Encik Alex Kau, Pengarah Urusan Kumpulan Yonming Group telah melahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Raj yang sudi berkerjasama bagi merealisasikan satu peniagaan yang mantap untuk kedua-dua syarikat. Di bawah kepimpinan Encik Raj dengan wawasan peniagaan yang jauh, trak Shacman akan dapat memenuhi matlamat City Zone Express Sdn Bhd. Pihak kami akan sentiasa berada dan memberi keyakinan bahawa kami tidak akan menghampakan kepercayaan yang telah diberikan. Kami percaya produk kami, trak Shacman adalah pilihan yang tepat dalam mengharungi industri pengangkutan yang berbagai cabaran ini.