Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 16 October 2017

Bengkel Perkhidmatan Bergerak MAN Kini di Jalan Raya

MAN Jimatkan Masa dengan Membawa Bengkel Perkhidmatan ke mana Pelanggan Berada.

Man Truck and Bus (M) Sdn Bhd (MAN) telah mengumumkan perkhidmatan bengkel bergerak kepada pelanggannya, di mana MAN akan membawa bengkel di mana sahaja pelanggan berada, untuk perkhidmatan dan penyelenggaraan.

Ketua Selepas Jualan MAN Trucks and Bus (M) Sdn Bhd, Thayalan Subramaniam berkata ini adalah pilihan ideal untuk sesetengah pelanggan yang tidak mempunyai akses mudah ke bengkel perkhidmatan tetap, disebabkan lokasi mereka atau faktor lain.

“Dengan mengadakan bengkel mudah alih, pelanggan dapat menjimatkan masa perjalanan dan kos dan pemandu mereka boleh ditugaskan ke kenderaan lain sementara perkhidmatan sedang dilakukan di lokasi mereka, sehingga meningkatkan produktiviti waktu dan produktiviti keseluruhan,” katanya.

Dengan fleksibiliti bengkel mudah alih yang datang ke lokasi mereka pada hujung minggu jika diperlukan, pengendali kenderaan menikmati gangguan yang minimum terhadap operasi mereka kerana kenderaan biasanya tidak digunakan pada masa tersebut.

Lori servis 18 ton ini juga bertindak sebagai gudang mudah alih alat ganti. Di samping dilengkapi dengan peralatan standard untuk servis, trak yang dilengkapi dengan pelincir, penapis, barangan lain yang digunakan untuk perkhidmatan selang 20,000km serta alat ganti yang diperlukan untuk pembaikan dan penggantian.

Pelanggan yang telah memanfaatkan bengkel perkhidmatan mudah alih MAN termasuklah syarikat logistik seperti Kumpulan Syarikat Lee Ting San (LTS Group), Taipanco Sdn Bhd dan MARA Liner Sdn Bhd, yang mengendalikan myBAS di Perlis. Selain perkhidmatan penyelenggaraan biasa, mereka mendapat tindakan yang lebih cepat untuk kerosakan dengan bengkel perkhidmatan mudah alih ini. Perkhidmatan disediakan kurang dari dua jam selepas panggilan dibuat.

"Membantu pelanggan mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan dengan bengkel mudah alih kami adalah selaras dengan komitmen kami untuk membantu mereka mengurangkan jumlah kos pemilikan (TCO). Kami mahu membolehkan pelanggan kami berikan tumpuan kepada perniagaan teras mereka, sementara kami menjaga kenderaan mereka," tambah Thayalan.

Sebagai tambahan kepada bengkel perkhidmatan mudah alih, MAN juga mempunyai Mobile24 - perkhidmatan kerosakan untuk trak dan bas yang bersedia 24 jam sehari, 365 hari setahun jika terdapat kerosakan. MAN mempunyai lapan kenderaan yang sentiasa aktif di bawah Mobile24 untuk memberikan pembaikan dan bantuan tepi jalan. Pelanggan hanya perlu mendail nombor bebas tol: 1-800-228-626.

MAN mempunyai tiga cawangan dan lima kedai sebagai sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan dan penyelenggaraannya di Malaysia. Bengkel perkhidmatan mudah alih MAN kini berada di seluruh Semenanjung Malaysia dan akan dilancarkan di Malaysia Timur pada suku pertama 2018.