Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 27 January 2017

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicle Merekodkan 2,612 Kenderaan Terjual pada 2016.

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) terus menjadi penyokong kuat kepada industry pengangkutan sepanjang 2016. Di sebalik penurunan 13% dalam Total Industry Volume (TIV) pada tahun 2016, MBM CV menampilkan persembahan yang kukuh, merekodkan keseluruhan 2,612 kenderaan terjual pada 2016, terdiri daripada trak FUSO ringan dan berat serta trak dan van Mercedes-Benz.


"Sebagai sebahagian daripada Daimler, Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles mewakili produk kelas pertama dari segi kualiti dan keunggulan servis. Dengan 120 tahun pengalaman, kami mempunyai kefahaman mendalam akan keperluan pelanggan untuk keselamatan, kebolehpercayaan, serta kecekapan ekonomi. Terima kasih kepada rakan kerja jualan kami serta kepercayaan pelanggan kepada kami, 2016 merupakan tahun yang berjaya untuk kenderaan perdagangan. Dengan bermulanya tahun baru ini, kami membaharukan komitmen kami untuk memberikan kenderaan dengan kualiti terbaik – Trak yang boeh anda percayai," kata Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles, Encik Albert Yee.


MBM CV mengomentar bahawa prestasi daya tahannya adalah disebabkan strategi meletakkan pelanggan di tengah-tengah inisiatifnya. Mercedes-Benz Actros terbukti menjadi pilihan utama dalam kalangan syarikat pengangkutan kerana ia merekodkan jualan 216, suatu rekod mengkagumkan, mewakili pertumbuhan dua digit 24%. Sementara itu, trak FUSO merekodkan 2,374 unit terjual. Dengan kombinasi kenderaan unggul dan pengalaman pelanggan yang bagus, MBM CV meningkatkan lagi pasarannya dalam sektor logistik dan pengangkutan Malaysia, memanjat tangga ke nombor kedua dalam segmen kenderaan pengangkutan premium.


Sepanjang 2016, MBM CV serta rangkaian jualannya terus membekalkan kenderaan perdagangan terbaik dalam kelasnya serta servis berkualiti untuk industri pengangkutan. Hasil daripada kempen servisnya yang berjaya, MBM CV merekodkan peningkatan ketara dalam pemprosesan di pusat-pusat perkhidmatannya di seluruh negara berbanding tahun sebelumnya, dengan jumlah keseluruhan 24,956 kenderaan diservis, terdiri daripada 3,920 kenderaan perdagangan Mercedes-Benz dan 21,036 trak FUSO.


Dengan keazaman untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, MBM CV memulakan misi menaik taraf pusat perkhidmatan pada 2016, yang pertamanya adalah Hap Seng Commercial Vehicle 3S Centre di Kuantan di kawasan pantai timur untuk memenuhi kedua-dua permintaan trak Mercedes-Benz dan FUSO. Begitu juga, MBM CV dan rakan jualan dijangka meningkatan pusat perkhidmatan tambahan untuk memudahkan jualan dan perkhidmatan, pembaikian dan penyelenggaraan untuk kedua-dua jenama pada tahun 2017. Inisiatif MBM CV untuk meningkatkan dan mengembangkan kehadirannya di Malaysia adalah selari dengan keperluan segmen pengangkutan untuk kenderaan yang boleh dipercayai dengan masa tidak beroperasi yang minimum. Sekarang terdapat sejumlah 72 pusat perkhidmatan untuk memenuhi kedua-dua permintaan trak Mercedes-Benz dan FUSO.


Sebagai penyumbang jangka panjang dala sektor automotif, MBM CV telah melaburkan sejumlah RM 28 juta dalam barisan pengeluarannya di kilang Pekan sejak tahun 2004. Hari ini, kilang pengeluaran itu telah mengeluarkan lebih 25,000 trak Mercedes-Benz dan FUSO untuk memenuhi permintaan tempatan.


Mengkaji prestasi tahun ini, Yee berkata, "Kami menikmati tahun yang positif pada 2016 mendapatkan tawaran armada untuk kedua-dua trak FUSO dan Mercedes-Benz. Selain itu, keupayaan kami untuk menyampaikan kualiti perkhidmatan yang luas, adalah disebabkan tumpuan kami untuk sentiasa menyegarkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan, tanpa mengira tahun pengalaman teknikal, melalui inisiatif seperti Pertandingan Kemahiran MBM CV."


Sebagai warga korporat bertanggungjawab, MBM CV terus percaya kepada memperjuangkan peranan membangunkan sektor pekerja mahir. Pada 2016, 11 pelajar dari Kemahiran Belia Institut Latihan Negara (IKBN) telah dianugerahkan pensijilan siap mengikut latihan selama tiga bulan di Mercedes-Benz Apprentice Training Centre (ATC) di Shah Alama, Selangor.
Program itu bertujuan meningkatkan kemahiran belia negara dan menyebarkan pengetahuan teknikal kenderaan hari ini dengan harapan bagi meramaikan mekanik berpotensi pada masa hadapan. Melangkah di luar bilik darjah, pelajar lulus dengan kemahiran yang diperakui, yang berada pada permintaan tinggi, dan telah dijamin penempatan pekerjaan di bengkel peniaga FUSO terpilih.

Dalam usaha untuk melibatkan diri dengan pemandu dan memperkayakan kemahiran mereka, MBM CV juga menganjurkan Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles Trucks Driver's League pada tahun 2016. Pertandingan dua tahun sekali ini adalah pentas berharga bagi pemandu Mercedes-Benz ACTROS untuk mengasah kemahiran menyelenggara, menjaga keselamatan serta kemahiran pemanduan ekonomi, akhirnya menyumbang kea rah mewujudkan jalan raya yang lebih selamat di Malaysia. Juara memenangi satu lawatan eksklusif ke International Motor Show (IAA) di Hannover, Jerman.


"Para pelanggan kami terus menjadi fokus perniagaan kami. Didorong oleh ini, kami membangunkan program yang membolehkan para pelanggan menikmati pengalaman jenama Mercedes-Benz seperti Mercedes-Benz Truck Driver's League, yang menggalakkan keselamatan trak dalam pemanduan di Malaysia, serta FUSO Diamond Contest, yang memberikan ganjaran kepada pelanggan setia. Kami berharap untuk terus menetapkan penanda aras untuk trak dipercayai dan kualiti perkhidmatan di samping memenuhi keperluang pelanggan kami dalam sektor pengangkutan kontena," jelas Yee.