Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 27 January 2017

Scania Menghasilkan Tenaga Manusia Untuk Sektor Teknologi Kejuruteraan Automotif

Shah Alam, 25 Januari 2017 – Dua belas pelajar telah menerima kemahiran untuk memasuki bidang teknologi kejuruteraan automotif baru-baru ini, untuk memenuhi permintaan tenaga manusia dalam negara. Semua pelajar tersebut melalui latihan selama setahun dengan Scania dan akan menyertai rangkaian servis Scania di seluruh negara.

Scania Apprenticeship Program membawa tenaga-tenaga baru ke dalam syarikat tersebut, yang membolehkan Scania untuk mengekalkan tenaga kerja yang serba boleh dan berpengalaman untuk kebaikan pelanggannya, di samping memberi pelajar-pelajar tersebut peluang untuk memulakan kerjaya mereka dan mendapat pengalaman lebih lanjut dalam salah sebuah syarikat pembuat bas, trak dan enjin terbesar di dunia.

Program itu bermula di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis pada tahun 2014 dengan suatu kerjasama untuk membangunkan kemahiran dan silibus, latihan keindustrian, program perantisan dan peluang kerjaya untuk graduan mereka di Scania.

Program ini terbuka untuk mana-mana institute latihan atau individu atau graduan baru dengan pengalaman selama 2 tahun dengan pelajaran dan peringkat persijilan dalam pelajaran Automotif Komersial dengan CGPA minimum 3.0 dan ke atas, serta dapat membaca, menulis dan bercakap Bahasa Inggeris.

“Inisiatif ini untuk membangungkan kemahiran juruteknik untuk sektor kenderaan perdagangan Malaysia yang semakin membesar bukan hanya memenuhi keperluan negara tetapi juga pelanggan Scania kerana kita dapat membekalkan mereka dengan pengalaman pemilikan yang terbaik serta keuntungan dalam pelaburan mereka,” kata Pengarah Urusan Asia Tenggara Scania, Marie Sjödin Enström.

Marie, yang menganugerahkan sijil kepada graduan-graduan, turut berkata bahawa program itu akan membekalkan peluang lebih besar untuk menambah kemahiran, pengetahuan, serta profesionalisme di kalangan pelajar bidang teknikal serta juga kepada orang awam, swasta, dan institusi kajian untuk berkerjasama dalam peringkat yang berbagai.

Ketika majlis tersebut, Scania juga turut mengalukan graduan 2017 mereka untuk melalui latihan selama 3 bulan di ibu pejabatnya, dan daripada itu, mereka yang layak akan terus melalui proses latihan kerjaya tersebut di cawangan Scania terpilih untuk 9 bulan berikutnya.