Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 06 September 2017

SPAD Melantik Ketua Pegawai Operasi Baru

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melantik Qamar Wan Noor sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baru berkuatkuasa 5 September 2017.

Qamar adalah penerima aunugerah magna cum laude Sarjana Muda di dalam bidang Sains Kejuruteraan Kimia dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York pada tahun 1990 dan telah memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli teknologi penapisan di Shell pada tahun 1990. Sepanjang kerjayanya selama 26 tahun bersama Shell, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi ahli pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah. Beliau juga telah mengetuai pasukan Bekalan dan Pengedaran Pemasaran yangmemastikan penggunaan aset secara selamat dan cekap di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kemudiannya di Malaysia serta Singapura.

“Kepimpinan dan pengalaman beliau yang luas dan menyerlah dalam berurusan dengan pihak-pihak berkepentingan, perancangan korporat, pengurusan projek, operasi pengagihan dan pengedaran serta strategi pembangunan untuk perniagaan serantau, amat bernilai bagi SPAD sebagai perancang dan pengawal selia pengangkutan awam darat negara.

“Kami menyambut baik kedatangan Qamar ke Suruhanjaya pada peringkat ini di mana SPAD sedang giat membangunkan projek-projek pengangkutan awam darat yang bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan antara mod di bandar dan merapatkan jurang mobiliti antara kawasan bandar dan luar bandar seperti yang diaspirasikan oleh Kerajaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah.

Qamar akan bertanggungjawab atas transformasi keseluruhan industri-industri pengangkutan barangan, bas dan teksi serta infrastruktur-infrastruktur berkaitan. Ini termasuk pelaksanaan projek-projek nasional seperti myBAS di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti dan penyusunan semula rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi memastikan mod pengangkutan bas cekap, bersepadu dan mampan serta menekankan peningkatan mutu perkhidmatan bagi pengguna.

Industri pengangkutan awam darat merupakan sektor yang berkembang pesat, dan SPAD bertekad untuk meningkatkan kepelbagaian warga kerja Suruhanjaya bagi semua peringkat, tambah Azharuddin.