Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 17 August 2017

ISUZU Lambang Kepercayaan dan Keyakinan yang Tinggi

Perhubungan perniagaan yang erat terjalin melalui keyakinan dan kepercayaan yang utuh, sepertimana yang disaksikan sewaktu majlis penyerahan enam unit Isuzu Forward baharu kepada syarikat YHL Trading (KL) Sdn Bhd. Unit-unit trak tugas sederhana tersebut diperolehi daripada Indah Utara Auto Sdn Bhd, sebuah syarikat pengedar berdaftar di bawah Isuzu Malaysia yang berpusat di Utara. Indah Utara juga merupakan salah satu daripada empat syarikat yang telah diklasifikasikan sebagai Pengedar Trak MHD (Tugas Sederhana-Berat) Isuzu di Malaysia.

YHL Trading merupakan anak syarikat di bawah Kumpulan Sin Hock Soon, yang menjalankan perniagaan pengilangan serta pembungkusan beras. Trak-trak Isuzu yang diperolehi bakal memastikan perjalanan yang lancar serta penghantaran pantas untuk rangkaian produk beras ‘Sunflower’, jenama runcit tempatan yang terkemuka.

Enam trak baharu ini merupakan tambahan kepada 13 trak tugas ringan Isuzu ELF yang sedia ada di bawah Kumpulan tersebut, yang sebelum ini telah diperolehi untuk berkhidmat di bawah syarikat Sin Hock Soon Transport Sdn Bhd, Sin Hock Soon Edible Oil Sdn Bhd dan YHL Trading Sdn Bhd.

Kepercayaan Kumpulan Sin Hock Soon terhadap rangkaian kenderaan Isuzu Malaysia terjalin sejak pembelian pertama pada tahun 2013. Pada tahun 2015, Kumpulan tersebut telah membuat penambahan kepada flit pengangkutan mereka dengan membeli lapan unit trak tugas ringan Isuzu ELF untuk Sin Hock Soon, dan empat lagi unit di bawah YHL Trading. Pada tahun 2016 pula, satu lagi unit Isuzu Forward FVR285 telah diperolehi.

Majlis penyerahan telah dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui, yang telah menyerahkan replika kunci kepada Tony Yew, selaku Pengarah Sin Hock Soon. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Indah Utara Auto Sdn Bhd, Poh Seng Hooi, dan Pengurus Jualan, Tok Beng Chew.

Selain daripada kehebatan rangkaian Isuzu yang dianggap serba boleh, teguh dan bersesuaian untuk pengangkutan jarak jauh, En. Yew juga menyatakan bahawa perhubungan produktif di antara kedua-dua syarikat ini menjadi penentu kuat untuk kekal setia bersama Isuzu Malaysia.

Menurut En. Yew, “Kami bergantung kepada pelbagai faktor untuk perkembangan perniagaan. Dalam persekitaran ekonomi yang kian sengit, kami perlukan jaminan penghantaran pantas serta penjimatan yang efektif. Isuzu bukan sahaja menawarkan produk yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai, malah dilengkapi dengan servis yang tiada tandingan,”.
Sewaktu majlis penyerahan tersebut, En. Tsukui sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada Kumpulan Sin Hock Soon di atas keyakinan dan kepercayaan yang ditunjukkan kepada Isuzu Malaysia.

“Kami amat beruntung kerana para pelanggan kami percaya bahawa Isuzu merupakan rakan pengangkutan yang terbaik untuk perniagaan mereka. Oleh itu, kami akan meneruskan usaha demi memastikan rangkaian produk dan servis kami kekal diyakini, supaya dapat memberi sokongan untuk apa jua keperluan perniagaan,” menurut En. Tsukui.