Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 16 January 2018

Maljis Serahan Unit Isuzu Yang Ke-100 Kepada Mighty Bakery

Isuzu Malaysia melabuhkan tirai tahun 2017 secara positif melalui penyerahan unit yang ke-100 kepada Mighty Bakery Sdn Bhd, sebuah syarikat pengilang roti, roti ban dan konfeksi di bawah jenama terkemuka ‘Mighty White’. Penyerahan ini telah dijayakan oleh Jumbo Arena Sdn Bhd, salah sebuah syarikat pengedar sah Isuzu yang berpusat di Batu Pahat, Johor.

Sebagai pengilang produk makanan yang sedia dimakan, Mighty Bakery meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada Isuzu untuk memastikan penghantaran produk ke rangkaian peruncit seluruh negara menepati masa yang telah ditetapkan, bagi memenuhi keperluan harian konsumer tempatan. Perhubungan perniagaan yang erat ini terjalin sejak tahun 2012, dan kini, saiz flit pengangkutan Mighty Bakery telah mencecah 100 unit trak Isuzu.

Sesi penyerahan unit yang ke-100 ini melibatkan trak Isuzu N-Series 4-wheeler (NKR55UEEH-E), di mana sebanyak 16 unit telah didaftarkan pada tahun 2017. Seiringan dengan pelan perkembangan perniagaan Mighty Bakery ke pasaran baru, pemerolehan terkini ini dijangka dapat memastikan penghantaran dan pengagihan produk ke serata negara dijalankan dengan bertepatan masa, di samping keberkesanan kos yang lebih ideal. Selain itu, unit-unit ini juga bakal menggantikan trak-trak lama dalam flit pengangkutan semasa syarikat tersebut.

Tambahan pula, Isuzu telah menjadi jenama pilihan utama untuk lojistik dan pengagihan disebabkan keutuhan dan ketegapan binaan trak yang tiada tandingan, selain daripada penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Majlis penyerahan itu telah dihadiri oleh Mikio Tsukui, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Komersial, Isuzu Malaysia, yang berkesempatan menyampaikan penghargaannya kepada pihak Mighty Bakery di atas sokongan padu dan keyakinan yang ditunjukkan selama ini terhadap Isuzu Malaysia dan Jumbo Arena. Dalam ucapannya, Tsukui percaya bahawa penggunaan trak-trak Isuzu dapat memastikan penghantaran dan pengagihan produk yang lebih berkesan dari segi masa dan kos, supaya rangkaian produk Mighty Bakery dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Untuk memperingati majlis penyerahan unit yang ke-100 ini, sebagai tanda simbolik, Tsukui telah menyerahkan kunci replika kepada Rodney Khor, Pengarah Pemasaran Mighty Bakery Sdn Bhd, disaksikan oleh Lim Kian Hong, Eksekutif Kanan Lojistik; dan Law Lai Poh, Eksekutif Lojistik. Majlis ini, yang diadakan di kilang Mighty Bakery yang terletak di Balakong, Selangor, telah dihadiri juga oleh wakil-wakil daripada Jumbo Arena Sdn Bhd, iaitu Yeo Ann Siong, selaku Pengarah Urusan; dan David Yeo, Pengurus Selepas Jualan.