Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 04 November 2020

Cawangan Jualan dan Perkhidmatmatan Baru Scania di Kuching Kini Telah Dibuka

Cawangan baru jualan dan perkhidmatan Scania Malaysia di Kuching, Sarawak kini telah dibuka. Ianya beralamat di Lot 935, Lorong Demak Laut, 7A Jalan Demak Laut 7, Demak Laut Industrial Park, 93050 Kuching, Sarawak. Ini merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan dalam negeri dan juga merupakan cawangan jualan dan perkhidmatan kedua selepas Bintulu.

"Kami telah mendengar maklum balas daripada pelanggan dan tindak balas kami adalah melabur dengan lebih lagi di Sarawak dengan premis terbaru kami di Kuching. Dengan menjadi pusat rangkaian pengangkutan negeri, kami memberi jaminan yang kami akan menyediakan lebih banyak perkhidmatan serta memberikan perkhidmatan yang lebih baik terhadap para pelanggan kami," kata Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara. "Untuk memenuhi keperluan pengangkutan orang dan kargo di Malaysia, Scania telah mempunyai 12 bengkel khusus di seluruh negara termasuk di cawangan terbaru di Kuching. Ini selari dengan temasya 50 tahun Scania bertapak di Malaysia tahun hadapan," sambung Sjödin Enström.

Cawangan baru jualan dan perkhidmatan ini dipimpin oleh Phang Yee Fong, Pengurus Wilayah di Wilayah Timur. Pasukan di bawah pimpinan beliau terdiri daripada Solution Sales Executive, Workshop Manager, Service Technicians dan lain-lain. Pasukan terlatih ini akan menerima latihan berterusan dari segi perkembangan terbaru kaedah dan teknologi. Bengkel ini mempunyai 3 pelantar yang dilengkapi dengan alat diagnostik, 'lifting columns' dan peralatan lain yang standard untuk memastikan trak, bas, dan bas persiaran yang datang mendapat penyelenggaraan yang berkualiti. Asia Parts Centre yang terletak di Singapura akan membantu untuk memastikan ketersediaan alat ganti di seluruh Sarawak.

"Kami mempunyai rangkaian trak, bas dan bas persiaran serta perkhidmatan yang terbesar untuk kesesuaian setiap operasi," kata Yee Fong. "Para pelanggan kami sentiasa mempercayai kecekapan bahan api New Truck Generation. Model XT kami pula dapat berfungsi di persekitaran yang paling sukar. Pelanggan kami akan terus mendapat keuntungan dari pendekatan penyelesaian total jika ditambah dengan kontrak pembaikan dan penyelenggaraan, bantuan tepi jalan, alat ganti, perkhidmatan berdasarkan data sistem pengurusan armada, latihan serta bimbingan untuk pemandu dan Scania Financial Services. 

"Tahniah kepada Scania Malaysia kerana telah membuka Cawangan baru jualan dan perkhidmatan di Kuching. Kami amat ternanti-nantikan sokongan selepas jualan Scania yang akan dapat memberikan kami liputan rangkaian yang lebih luas," kata pelanggan setia Scania, Caleb Wong, Pengarah High Tackle Sdn Bhd. Terdapat beberapa pelanggan Scania di Sarawak di antaranya Biaramas Express, PLSH, UiTm, Jurukin, Persafe, Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pendaftaran Mahkamah Bergerak dan Pejabat Pelajaran Daerah.

"Saya sangat gembira kerana Scania akhirnya membuka cawangannya di Kuching atas permintaan kami. Jika kami mengikut jadual selenggaraan yang betul, kami akan mendapat 'uptime' yang maximum untuk kesemua bas ekspres kami secara konsisten," kata Lai Sin Kiong, Pengurus Besar Biaramas Express Sdn Bhd. "Ini juga merupakan sebahagian daripada perkongsian Scania Ecolution untuk mengurangkan pelepasan Karbon Dioksida dalam operasi kami," sambung Lai.

Sebagai perintis dalam penyelesaiaan pengangkutan lestari, tumpuan strategik syarikat ini adalah kepada keuntungan pelanggan. "Kami akan terus meneroka kemungkinan pembaharuan bahan api dan elektrikfikasi di Sarawak. Sarawak adalah negeri yang kaya dengan persekitaran semula jadi dan sudah terbiasa melalui kehidupan yang lestari bersama alam semula jadi. Saya nantikan perkongsian lestari yang lebih kukuh di sini," komen Sjödin Enström.