Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 08 March 2020

Trak Penyendat Isuzu Menjadi Pilhan Untuk Keperluan Pengurusan Sisa Secara Konsesi

Pada awal Februari tahun ini, Isuzu Malaysia telah menganjurkan majlis penyerahan yang menyaksikan penyerahan beberapa unit trak penyendat (‘compactor truck’) Isuzu FORWARD FVR kepada syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, dan subkontraktornya, Warisan Integriti Sdn Bhd. Trak-trak tersebut telah diperoleh melalui pengedar sah Isuzu Malaysia, syarikat Indah Utara Auto Sdn Bhd.

Environment Idaman Sdn Bhd, yang beroperasi di bahagian Utara Semenanjung Malaysia, merupakan syarikat konsesi yang menawarkan pelbagai solusi pengurusan sisa dan perkhidmatan pembersihan yang lestari dan inovatif.


Unit-unit yang baru diperoleh ini dijangka akan menggantikan trak-trak lama dalam flit pengangkutan sedia ada Environment Idaman. Manakala untuk Warisan Integriti, pemerolehan ini merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan flit pengangkutan mereka. Trak penyendat FORWARD FVR ini bakal digunakan untuk pengurusan, pengumpulan dan pembuangan sisa pepejal untuk majlis perbandaran tempatan di sekitar Perlis dan Kedah.

Sebanyak 6 unit trak Isuzu FORWARD (FVR 240MT) diperoleh oleh Environment Idaman Sdn Bhd untuk tahun ini. Warisan Integriti pula memperoleh sebanyak 4 unit trak Isuzu FORWARD (FVR 240AT).

Sewaktu majlis penyerahan, Atsunori Murata, selaku Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, berkesempatan menyampaikan penghargaan kepada wakil-wakil daripada Environment Idaman Sdn Bhd dan Warisan Integriti Sdn Bhd kerana menjadikan trak penyendat Isuzu FORWARD FVR sebagai pilihan utama mereka. Murata yakin bahawa ketahanan dan kebolehpercayaan trak Isuzu mampu meningkatkan kecekapan operasi harian kedua-dua syarikat tersebut.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan, Murata telah menghadiahkan sebuah Trak Miniatur Isuzu dan saguhati penghargaan kepada Munir Amani bin Dasheer, Ketua Bahagian Operasi bagi syarikat Environment Idaman; dan juga kepada Pengarah Warisan Integriti, Dato’ Haji Md Rosli bin Haji Abd Wahab.

Majlis ini juga telah dihadiri wakil-wakil daripada Jabatan Kejuruteraan & Pengurusan Flit, Environment Idaman Sdn Bhd, iaitu Azman bin Shamsuddin, selaku Pengurus, dan Termizi bin Hat, Eksekutif Teknikal; selain Zakaria bin Hamid, Pengurus Operasi daripada Warisan Integriti Sdn Bhd. Majlis penyerahan ini turut dihadiri Poh Seng Hooi, Pengarah Urusan, dan Rodney Lee, Pengurus Besar, bagi Indah Utara Auto Sdn Bhd.

Selain itu, Isuzu Malaysia juga akan menyediakan sesi latihan untuk para pemandu kedua-dua syarikat tersebut untuk mengenali serta memahami cara terbaik pengendalian trak FORWARD FVR.