Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 26 June 2021

Naidu Trans Mencatat Keputusan Lebih Baik dalam Pengurangan Jejak Karbon dengan Kontrak Penyelenggaraan.

Naidu Trans Logistics Sdn Bhd (Naidu Trans) mencapai keputusan yang lebih baik dalam mengurangkan jejak karbon melalui perkongsian Scania Ecolution selepas menandatangani Kontrak Penyelenggaraan dengan Scania untuk trak penggerak utama (prime movers) Scania mereka.

Pemain utama dalam industri logistik dan pengangkutan di Johor, Naidu Trans yang berpangkalan di Skudai, menyediakan perkhidmatan ke seluruh negeri Johor selain melakukan penghantaran ke Singapura, Kuala Lumpur dan ke bahagian utara seperti Ipoh dan Pulau Pinang, dengan mengangkut lebih kurang 700 hingga 800 kontena barangan setiap bulan. Naidu Trans diuruskan oleh Pengarah Urusan, Boss Naidu, dan dibantu oleh anak lelaki beliau yang tunggal, Gajendran. Syarikat menyediakan perkhidmatan paling premium kepada pelanggan di samping menumpu pada alam sekitar dengan melabur dalam produk yang sesuai dan perkhidmatan yang dikontrakkan.

“Trak kami berada di jalan raya hampir 24/7, oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa trak diservis dan diselenggarakan dengan baik. Ini adalah supaya trak kami dapat bertahan terhadap semua unsur kasar yang dihadapi ketika di jalan raya sambil memberikan masa operasi (uptime) yang terbaik. Dari segi pengendalian, saya dapat mengesahkan bahawa prestasi trak Scania tidak ada tandingannya. Perjanjian perkongsian Scania Ecolution yang ditandatangani lebih setahun yang lepas telah menunjukkan keputusan yang positif. Ia juga adalah selaras dengan Kontrak Penyelenggaraan Scania (Scania Maintenance) kami,” kata Boss Naidu.

Scania mempunyai pengetahuan mendalam mengenai kenderaannya – inilah sebab mengapa Naidu melanggan Scania Maintenance. Prosedur penyelenggaraan Scania adalah proaktif untuk mengelakkan masalah yang memakan masa dan belanja yang tinggi daripada berlaku. Prosedur ini juga memaksimumkan masa operasi di samping mengurangkan kos operasi Naidu Trans. Kontrak Scania Maintenance juga memberikan kos yang boleh diramal, sekali gus membolehkan Naidu Trans menumpukan waktu dan tenaga pada perniagaannya, tanpa apa-apa kebimbangan. Dengan mengoptimumkan modul yang berbeza secara berasingan dalam pelan perkhidmatannya, Scania memastikan bahawa masa henti (downtime) dirancang dan hanya berlaku apabila diperlukan melalui Kontrak Penyelenggaraannya.

Tambahan pula, Naidu Trans sangat gembira dengan perkhidmatan selepas jualan kerana Scania sentiasa bersedia menawarkan segala bantuan apabila diperlukan. Di samping itu, dengan Scania Assistance, Naidu Trans mempunyai akses ke rangkaian bengkel Scania, yang dilengkapi dengan alat ganti yang tersedia 24 jam sehari untuk pembaikan cepat.

Dalam menyediakan perkhidmatan premium, Naidu Trans memperkasakan pemandunya untuk melakukan yang lebih baik semasa bekerja kerana pemandu yang berprestasi baik dapat meningkatkan prestasi syarikat selain membantu mengurangkan jejak karbon keseluruhan Naidu Trans. Dilengkapi dengan Scania Fleet Management System (FMS) Control 10, Naidu Trans berupaya meningkatkan prestasi pemandunya untuk mencapai potensi terbaik mereka. Program insentif juga diperkenalkan untuk menghargai pemandu yang mempunyai prestasi cemerlang dari segi mengurangkan masa terbiar, pembrekan keras dan memandu melebihi had laju, sambil meningkatkan luncuran (coasting) yang dapat mengurangkan penggunaan bahan api.

Komitmen Naidu Trans ke arah kemampanan terbukti dengan keputusan yang dicapai oleh syarikat dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas menjadi sebahagian daripada perkongsian Scania Ecolution dan Scania Maintenance. Kini, Syarikat mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak yang 41,465 kg lagi untuk suku pertama 2021, atau bersamaan dengan penanaman lebih kurang 667 pokok yang tumbuh subur selama setahun yang lepas.

“Saya berbesar hati kerana kami dianggap sebagai ‘Syarikat yang Baik’ (‘A Good Company’). Sebagai salah satu rakan kongsi Scania Ecolution pertama di Johor, kami ingin memberikan contoh baik bagaimana kami benar-benar dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Menandatangani Scania Maintenance adalah satu lagi pemangkin positif ke arah pertumbuhan mantap kami. Kami mencatat keputusan yang baik dalam beberapa bulan pertama selepas menandatangani perjanjian Scania Ecolution pada tahun 2019. Kini, pada tahun 2021, kami menunjukkan keputusan yang lebih baik kerana pada hakikatnya, mengurangkan penggunaan bahan api dan CO2 memberi manfaat kepada alam sekitar dan juga generasi masa depan kita,” kata Boss Naidu.