Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 10 April 2021

Peralihan Perniagaan UD Trucks Kepada Isuzu Motors dan Pelantikan Eksekutif

UD Trucks telah diperoleh oleh Isuzu Motors daripada Volvo Group, sebagai sebahagian daripada penyempurnaan pakatan strategik di antara Volvo Group dan Isuzu Motors.

Justeru, Naoto Hakamata telah dilantik sebagai Pengerusi UD Trucks dan Tetsuya Aiba selaku CFO berkuat-kuasa pada 1 April 2021. Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Volvo Group, Joachim Rosenberg melepaskan jawatan sebagai Pengerusi UD Trucks pada 31 Mac 2021.

Berdasarkan kepada rangka kerja pakatan strategik itu, UD Trucks diposisikan untuk membina satu hubungan yang mantap dengan Volvo Group dan Isuzu Motors, sekali gus membentuk sinergi di antara mereka untuk jangka masa panjang. Bersama dengan Isuzu Motors, antara peluang yang akan diteroka oleh UD Trucks termasuklah:

• Memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan skala ekonomi, terutama dari segi trak tugas berat di pasaran Jepun dan antarabangsa.
• Meneroka peluang kerjasama dalam aspek pembelian dan logistik, memanfaatkan teknologi bersama dan kehadiran geografi dengan lebih baik
• Mencipta satu asas yang kukuh untuk terus melabur dalam pembangunan teknikal serta inovasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia.

UD Trucks memiliki kepakaran dan pengalaman yang luas dan kepakaran dalam segmen trak tugas berat selama lebih 14 tahun bersama Volvo Group. Ia merangkumi bidang teknologi, perolehan, logistik, pengeluaran dan jualan. Syarikat juga telah berusaha keras untuk mempromosikan kepelbagaian, cara bekerja yang fleksibel serta pemikiran global demi mengadaptasi perubahan.

UD Trucks akan terus memenuhi janji jenamanya iaitu “Going the Extra Mile” dan membuatkan kehidupan manusia dan planet lebih baik dengan Isuzu Motors.