Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 08 July 2017

Asian Trucker memupuk sifat penyayang

Salah satu hidangan yang kerap disajikan di bulan Ramadan adalah ‘bubur lambuk’—bubur nasi yang dimasak dengan daging, rempah dan herba. Ia adalah resipi yang diturunkan dari generasi ke generasi, asal usulnya boleh di kesan ke zaman pemerintahan Parameswara (juga dikenali sebagai Iskandar Shah) abad ke-15 di Melaka. Ia juga difahami bahawa 'bubur lambuk' pertama kali di hidang di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1950-an oleh Said Bak.

Asian Trucker, bersama-sama dengan Shell Lubricants dan MAN Truck & Bus Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia dan Hino Motors Sales Sdn Bhd mengedarkan bubur lambuk' pada bulan Ramadhan di Masjid As Saadah di Pelabuhan Klang. Inisiatif ini dilaksanakan sekali seminggu sebanyak tiga kali pada hari Jumaat.

Encik Hartmut Mueller, Pengarah Urusan MAN Truck & Bus Malaysia berkata: “Kami telah beroperasi di Malaysia sejak sekian lama. Kami berada dalam perniagaan menyampaikan trak dan bas untuk memajukan ekonomi dan kami juga berfikir tentang melakukan sesuatu yang rohani dan berbudaya sepanjang bulan puasa. Ia adalah idea yang hebat untuk kami dijemput untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat."

“Ini adalah salah satu daripada aktiviti yang penting bagi kami di MercedesBenz. Untuk berkongsi dengan rakyat adalah sesuatu yang memberi kebanggaan kepada kami,” tambah Encik Albert Yee, Naib Presiden Kenderaan Komersil Mercedes-Benz Malaysia.

“Ini bukan kali pertama saya melawat masjid. Di Jepun, terdapat banyak masjid tetapi tidak sebegini. Kami percaya ia adalah tempat yang suci dan adalah baik untuk Hino untuk turut serta dalam pengedaran 'bubur lambuk' dalam bulan Ramadhan ini,” kata Ken Iwamoto, Pengarah Urusan Hino Motors Sales Sdn Bhd.

Asian Trucker mengedarkan lebih daripada 4 000 pek bubur lambuk kepada para penganut yang beragama Islam sempena sambutan Ramadhan.