Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 19 June 2017

SPAD merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Syed Hamid Albar Syed Jaafar atas sumbangan di dalam pengangkutan awam darat

Kuala Lumpur – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada Tan Sri Syed Hamid Albar Syed Jaafar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Hamid Albar bersara sebagai pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017.

Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional.

Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berjaya membangunkan dan melancarkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) dan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang pada tahun 2013. Keduadua rancangan induk ini menjadi garis panduan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti dasar-dasar peringkat makro, strategi dan perancangan, termasuk pelaburan infrastruktur utama serta perubahan-perubahan pengawal seliaan dan dasar bagi 20 tahun yang akan datang.

Di bawah kempimpinan Hamid Albar, pelbagai langkah transformasi bagi industri telah dilancarkan seperti Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti, Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti, penyiapan Projek Penyambungan Landasan LRT (LEP), pengoperasian Fasa 1 bagi MRT 1 dan Program Transformasi Industri Teksi.

"Sejak dari awal lagi, Hamid Albar telah memainkan peranan yang penting di dalam transformasi industri pengangkutan awam darat. Pengalaman dan kepimpinan beliau telah meletakkan Suruhanjaya di kedudukan yang kukuh untuk menghadapi sebarang cabaran baru yang akan datang," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.