Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 19 September 2018

ZF Malaysia Meraikan Hari Malaysia Dengan Promosi Untuk Pelanggan dan Aktiviti Bersama Kakitangan

ZF SSM telah mula meraikan Hari Malaysia yang bakal menjelang dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pelanggan dan kakitangannya.

Buat pelanggan, syarikat akan menggunakan cuti umum tersebut untuk melancarkan tawaran promosi dalam tempoh terhad. Seramai 200 orang pemilik Toyota Hilux Vigo, Toyota Fortuner N50, Isuzu D-max, Mitsubishi Triton dan Nissan Navara berpeluang untuk membeli satu set lengkap Penyerap Hentak Tugas Berat SACHS (berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat) pada harga diskaun hebat iaitu RM525 setiap set, potongan sebanyak 25% berbanding harga biasa.

Kakitangan ZF SSM pula telah mula meraikan sambutan Hari Malaysia dengan pelbagai acara yang telah disusun khas untuk mereka. Ini termasuklah pertandingan reka bentuk dengan tema Malaysia untuk ahli pasukan yang menawarkan pelbagai hadiah kepada pemenang. Ahli pasukan juga akan terlibat dalam proses mengubah suai sebuah kenderaan rasmi syarikat ZF yang bertemakan ‘Jalur Gemilang’.

Pengurus Besar Aftermarket Bebas ZF Sales & Service (Malaysia) Sdn. Bhd., Cheah Chee Luen berkata, “Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia dengan selamat kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami sedar bahawa rakyat Malaysia gemar mengunjungi keluarga dan rakan-rakan sepanjang musim cuti seperti ini dan ingin mengingatkan semua supaya berhati-hati. Ramai yang tidak sedar bahawa penyerap hentak yang sudah rosak atau haus memberi impak besar kepada aspek keselamatan kenderaan. Kami ingin menggalakkan para pemandu untuk memastikan alat ganti yang terlindung ini sentiasa diperiksa. Bagi menyokong usaha dan akses lebih mudah untuk menukar penyerap hentak, kami akan menawarkan promosi istimewa ke atas Penyerap Hentak Tugas Berat SACHS untuk beberapa model kenderaan terpilih sempena sambutan Hari Malaysia ini.”

Jelas Cheah Chee Luen lagi, “Penyerap hentak SACHS memiliki kualiti paling tinggi, sebab itulah banyak pengeluar automotif terkenal memasangnya sebagai komponen standard pada kenderaan baharu mereka. Model-model untuk pasaran aftermarket kami juga dihasilkan dengan kualiti yang sama. Sekali gus dapat menawarkan pemanduan yang lebih selamat, selesa dan kontemporari.”

Sempena promosi Hari Malaysia, ZF SSM akan melancarkan enam video testimonial. Ia melibatkan video pengguna kenderaan yang memasang penyerap hentak SACHS dan bengkel yang terlibat dengan pemasangannya.