Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Berita Produk Siphonblock AFT

Siphonblock AFT, pengeluar peralatan anti-siphon untuk jentera berat, pembinaan dan jentera pertanian terkemuka di Malaysia, melalui beberapa perubahan dalam pasaran Malaysia dan menarik perhatian beberapa bisnes dalam pasaran ASEAN.

• Dengan pengenalan Biodiesel B10, Siphonblock telah menjalankan ujian untuk memastikan mereka dapat menghasilkan gasket yang boleh digunakan dengan bahan bakar Biodiesel. Ia keperluan penting bagi sesiapa yang ingin menggunakan Biodiesel, untuk memastikan tiada kebocoran bahan. Memenuhi Peraturan R34.

• Alat baru yang akan berada di pasaran adalah Siphonblock 110B3 untuk jenama-jenama China yang dipasarkan oleh Hong Seng Group dan Siphonblock 80T untuk trak TATA Prima. Oleh itu, kami menawarkan produk untuk kira-kira 99% trak di Malaysia.

• Dengan pengiklanan kami yang terkini, kami telah mendapat beberapa pertanyaan dari Filipina dan Vietnam. Bagaimanapun, kami mencari rakan kongsi di semua pasaran ASEAN terutamanya Indonesia dan Laos. Kami mempunyai rakan kongsi di Thailand sejak 2012.

Kecurian bahan api berlaku di mana-mana! Tetapi mungkin tidak di Arab Saudi - disel dilaporkan lebih murah dari air!


Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Graham 019 553 9195 (English)
Chong 016 209 7783

2019

  • Hits: 472

Isuzu Kekal Sebagai Jenama No 1 Kenderaan Komersial Pilihan Malaysia

Isuzu Malaysia meraikan tahun baru 2019 dengan mengekalkan kedudukan No.1 selama lima tahun berturut-turut, sebagai Kenderaan Komersial (CV) Pilihan Malaysia. Pencapaian ini berdasarkan maklumat jualan keseluruhan bagi tahun 2018 yang baru-baru ini telah dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Walaupun berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi dan pasaran yang kian berubah, Isuzu Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai CV No.1, mengakhiri 2018 dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 6,036 unit yang merangkumi trak Isuzu daripada pelbagai segmen. Isuzu Malaysia juga telah mendahului jualan bagi segmen Kenderaan Komersial dengan perbezaan sebanyak 584 unit, berbanding dengan pesaing terdekat.

Sewaktu ucapan Tahun Baru, Koji Nakamura, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, menyampaikan kegembiraan dan penghargaan beliau terhadap rakan perniagaan, serta pihak pentadbiran dan staf Isuzu Malaysia Sdn Bhd, di atas kejayaan meraih tangga teratas untuk lima tahun berturut-turut. Menurut Nakamura lagi, pencapaian hebat ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan teguh dan servis perkhidmatan terbaik yang telah diberikan oleh para pengedar serta para pekerja Isuzu Malaysia.

Nakamura berkata, “Walaupun berhadapan dengan pasaran yang kian tepu, Isuzu Malaysia masih dapat melangkaui jumlah jualan jenama-jenama terkemuka, disebabkan usaha gigih daripada semua pihak yang terlibat. Kepuasan hati aktiviti-aktiviti pihak pengedar juga telah bertambah baik, dengan pelbagai usaha dan pelan selepas jualan yang telah dijalankan, selain daripada penyediaan servis yang pantas melalui Pusat Servis Isuzu (ISC).”

Tambah beliau lagi, “Untuk mencapai sasaran 2019, Isuzu perlu bertindak lebih ‘proaktif’ dalam mengenal pasti potensi perniagaan baru. Kami akan berusaha ke arah memastikan sokongan padu dan kerjasama yang erat di antara bahagian-bahagian utama syarikat, supaya peluang perniagaan dapat dimaksimumkan, di samping memperbaiki aktiviti-aktiviti perkembangan pengedar.”

Menurut Nakamura, strategi yang akan diketengahkan Isuzu Malaysia bagi tahun ini masih sama – mengutamakan kepuasan hati pelanggan. Ini dapat dicapai dengan mempertimbangkan dengan teliti serta mengambil berat tentang keperluan pelanggan, selain daripada penyediaan servis selepas jualan yang sangat memuaskan. Nakamura percaya bahawa servis-servis nilai tambahan ini amatlah penting dipraktikkan, terutamanya sewaktu persaingan pasaran yang sengit dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

2019

  • Hits: 452

Sendok Group Buka Pusat 4S Baharu di Kuantan, Lancar Model Trak Tugas Berat Sinotruk dan Serah 100 Unit Lori Kepada Pelanggan

Kuantan, Pahang, 28 Januari 2019 - Sendok Group, sebuah syarikat konglomerat multi perniagaan yang berpangkalan di Malaysia dengan perniagaan utamanya adalah import-eksport dan menjual alat ganti kenderaan terpakai, trak, mesin dan peralatan tugas berat serta pengedar rasmi jenama kenderaan komersial Sinotruk di Malaysia, membuka pusat 4S baharunya di Kuantan. Pusat itu merupakan hasil kerjasama di antara Sendok Group selaku pengedar dan pemasang di Malaysia bersama TTS Engineering Group Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan trak yang terkenal di Kuantan.

Pelancarannya dirasmikan oleh tetamu kehormat, Ahli Parlimen Kuantan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Puan Fuziah binti Salleh; ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Sendok Group, Gwee Bok Wee; Pengarah & Pengurus Besar untuk Asia dan Oceania, Sinotruk International Ltd, Yuan Zhong Bo dan Pengerusi Kumpulan TTS Engineering Group, Dato' Yap Yeow Ho.

Pusat 4S yang terletak di Jalan Gambang itu akan berkhidmat sebagai pusat servis utama buat pelanggan di wilayah Pantai Timur. Pusat itu menyediakan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti, badan dan cat kepada para pelanggan trak tugas berat Sinotruck serta kenderaan komersial tugas ringan CAM. Jenama CAM ialah divisyen pemasaran bagi kenderaan komersial tugas ringan Sendok Group.

Menurut Sendok Group, pusat itu mengambil masa selama enam bulan dan pelaburan sebanyak RM2 juta untuk disiapkan. Ia memiliki ruang bengkel seluas 7,000 kaki persegi dan disokong oleh gudang seluas 4,200 kaki persegi untuk alat ganti.

Sempena pembukaan pusat 4S tersebut, trak tugas berat Sinotruck T7H berkuasa 540 kuasa kuda turut dilancarkan secara rasmi. Bukan itu sahaja, struktur jaminan yang baru dikenali sebagai ‘T Series’ juga diperkenalkan. Ia menawarkan pakej jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan yang sangat kompetitif.

Acara itu juga menyaksikan penyerahan lebih 100 unit trak tugas berat Sinotruk kepada dua pelanggan yang berpangkalan di Kuantan – 50 unit model T7H telah dibeli oleh Heng Da Logistic Sdn Bhd. Manakala 50 unit model tipper dibeli oleh Menta Construction Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Sendok Group, Gwee Bok Wee berkata, “Pembukaan pusat 4S baharu ini membuktikan strategi Sendok Group untuk mengembangkan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai secara konsisten kepada para pelanggan kami di wilayah Pantai Timur.

“Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) melibatkan aspek pembangunan yang luas. Antara beberapa projek yang sedang berlangsung sekarang ialah pembangunan bersepadu kawasan industri, komersial dan kediaman di bawah Taman Industri China-Malaysia Qinzhou. Justeru, kami menjangkakan permintaan yang mapan terhadap kenderaan komersial berkualiti terutama jentera pengangkut utama.

“Malah, dua pelanggan kami di Kuantan baru sahaja menempah 100 unit trak. Keyakinan dan kepercayaan pelanggan yang diberikan kepada kami sememangnya menjadi permulaan baik untuk tahun baru ini. Sudah pasti, pusat 4S ini akan memberi manfaat kepada mereka kerana ia akan menjadi satu pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang komprehensif.

“Sendok Group sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan-rakan iaitu Sinotruk selaku prinsipal kami dan TTS Engineering Group untuk merealisasikan pusat 4S ini. TTS Engineering Group merupakan penyedia penyelesaian trak yang boleh dipercayai di sini. Saya yakin dengan semua ini, kami dapat mencapai pertumbuhan lebih baik pada masa depan dan memberi kepuasan kepada para pelanggan,” kata Gwee.

Pusat 4S baharu itu mempunyai 12 ruang untuk kerja-kerja penyelenggaraan trak, dengan lapan ruang bagi trak tugas ringan dan baki 4 ruang lagi untuk kegunaan trak tugas berat. Perkhidmatan servis bergerak juga diletakkan di pusat 4S berkenaan demi memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dan penghantaran alat ganti yang pantas kepada pelanggan. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah mesin penjajaran tayar khas untuk trak dan trailer yang diimport dari Sweden. Ia mampu melakukan penjajaran trak sepenuhnya tanpa perlu mengasingkan trailer.

Pengarah & Pengurus Besar untuk Asia dan Oceania, Sinotruk International Ltd, Yuan Zhong Bo berkata, “Sinotruk T7H dengan 540 kuasa kuda dilengkapi enjin yang luar biasa. Ia mampu menawarkan tork, prestasi, tempoh dan kitaran operasi yang tinggi tanpa memerlukan baik pulih major, penjimatan bahan api yang mengagumkan dan ciri-ciri keselamatan yang hebat.

“Pengenalan model baharu ini mencatat sejarah penting untuk perniagaan kami. Kami sangat yakin bahawa trak ini akan benar-benar menjadi pengubah permainan buat para pelanggan yang mahu meningkatkan keuntungan dan kecekapan perniagaan masing-masing,” kata Yuan.

Dengan pembukaan pusat 4S di Kuantan, Sendok Group kini mempunyai lima pusat 4S dalam 50 pengedar dan pusat servis di Malaysia. Ia juga merancang untuk menambah jumlah kemudahan tersebut.

2019

  • Hits: 434