Skip to main content

News in:  BM | TH | CN

Published: 27 February 2015

Fajar meneliti rumah kedua bagi para pemandu trak – Perhentian rehat RnR

Kawasan rehat dan rawat disepanjang lebuh raya atau lebih dikenali sebagai “RnR” di Malaysia adalah satu perhentian penting untuk setiap perjalanan. Pihak awam mungkin menggunakan RnR ketika mempunyai perjalanan jauh manakala bagi pemandu trak pula, membuat perhentian di RnR pada setiap hari terutama bagi pemandu trak yang membuat penghantaran pada jarak jauh.

Oleh itu, kemudahan di kawasan rehat dan rawat adalah sangat penting kepada para pemandu trak. Saya meneliti beberapa kemudahan yang telah disediakan dibeberapa kawasan rehat semasa “Roadshow” yang diadakan baru-baru ini oleh Kelab Pemandu Asian Trucker. Kemudahan yang disediakan mampu membantu para pemandu trak untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Kerusi Urut
Menurut Spine-Health (rujukan berkenaan sakit belakang), yang ditulis oleh Peter J. Schubbe, DC, urutan boleh memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan sakit belakang. Begitu juga dengan kerusi urut yang direka untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan.

Kemudahan Tandas yang Bersih dan Bilik Solat
Tandas dan bilik solat yang bersih akan memberi keselesaan kepada pengguna. Secara tidak langsung, ia akan membawa kepada ketenangan dan fikiran yang positif. Kebiasaannya, pemandu trak pada jarak jauh, akan menggunakan kawasan rehat untuk mandi dan mencergaskan diri mereka kembali.

Zon Merokok
Saya kagum apabila kawasan rehat di Malaysia telah diumumkan sebagai kawasan zon larangan merokok . Inisiatif ini juga telah meningkatkan kebersihan dan kebersihan di kawasan perhentian. Tidak ada lagi puntung rokok yang mengotori lantai dan mereka yang tidak merokok bebas dari asap rokok.

Makanan
Daripada apa yang saya lihat, lebih banyak pilihan makanan yang sihat dan ruang makan yang bersih ditawarkan di kawasan rehat. Gerai buah-buahan yang bertambah seperti menjual buah-buahan Malaysia seperti durian, langsat, duku dan banyak lagi.

Keselamatan
Barang yang dibawa didalam trak boleh menjadi barangan yang bernilai. Hentian rehat harus menjadi tempat yang selamat untuk para pemandu trak yang meninggalkan lori mereka ketika berehat.Oleh itu, pihak PLUS menyediakan perkhidmatan 24hours di setiap perhentian dan 24 jam perkhidmatan PLUSRonda yang menawarkan:
• Perkhidmatan untuk kenderaan mengalami kerosakan mekanikal atau kerosakan ringan
• Perkhidmatan Tunda ke plaza tol yang paling hampir atau perhentian rehat (bagi kenderaan Kelas 1 sahaja)
• Pengurusan Trafik dan penyelarasan perkhidmatan kecemasan
Untuk mendapatkan bantuan PLUSRonda, pengguna boleh: -
• Panggil PLUSLine tol percuma di 1800 88 0000
• Gunakan telefon kecemasan yang disediakan di setiap 2 kilometer di sepanjang lebuh raya PLUS