Mercedes-Benz Malaysia Memberikan Ganjaran kepada Pelanggan dalam FUSO Diamond Grand Prize
Mercedes-Benz Malaysia (MBM CV) baru-baru ini mengadakan FUSO Diamond Grand Prize Party sebagai malam penghargaan kepada kesemua pembeli trak-trak FUSO sepanjang tahun 2016. Malam penuh kegembiraan itu diadakan di dewan utama Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel di mana hadirin disambut dengan makanan, rakan taulan dalam industry serta hiburan yang rancak.
FUSO Diamond Grand Prize 2016 adalah acara cabutan bertuah keempat yang telah diadakan MBM CV semenjak 2013, di mana pembeli trak FUSO akan mendapat nombor mereka berdasarkan pembelian trak, dan berpeluang membawa peluang hadiah berharga. Pertandingan itu dimulakan dengan cabutan mini pada Julai 2016 yang menerima 855 daftar masuk, dan diakhiri dengan cabutan besar yang terakhir yang menyaksikan 1 478 daftar masuk kesemuanya.
Hadiah utama tahun ini merupaman Mercedes-Benz C200, ditampilkan bersama hadiah percutian di Jepun yang ditanggung sepenuhnya, disertai dengan lawatan ke Kilang dan Pusat Kajian dan Pembangunan FUSO Kawasaki di Kepun, ditambah dengan voucer bernilai RM 6 000. Pemenang hadiah utama merupakan seorang pemilik syarikat tempatan, Puan Noraini binti Abdul Haris daripada I Aini Brilliance Enterprise. Kemenangan itu merupakan suatu kejutan besar buat Puan Aini kerana ini merupakan kali pertama beliau membeli trak FUSO. 26 peserta bertuah lain memenangi hadiah-hadiah dalam segmen lain, termasuk percutian ke Jepun dan voucer bernilai RM 5 000, RM 4 000, RM 3 000 dan RM 2000. Tambahan pula hadiah saguhati bernilai RM 2 000 dan RM 1 000.
Syarikat Puan Noraini merupakan bisnes logistic yang diketuai oleh beliau dan pasangannya. “Sebagai pelanggan FUSO yang baru, kami langsung tidak sangka dapat memenangi hadiah utama daripada kesemua peserta. Bisnes kami berkaitan dengan pengangkutan barang berdasarkan servis sewaan. Kami memerlukan trak-trak kami untuk bekerja dengan baik setiap masa dan inilah sebab kami yakin dengan rekod baik trak FUSO,” komen Puan Noraini. Selanjutnya beliau berkata, “Memastikan trak kami bekerja dengan lancer adalah penting untuk kami memenuhi kehendak pelanggan, dan dengan itu mengembangkan bisnes kami. Kami memilih FUSO kerana ia memberikan kami nilai yang berbaloi dengan harga dan kami juga percaya bahawa servis selepas pembelian mereka sangat meyakinkan. Saya merasakan, servis selepas pembelian adalah sangat penting untuk memaksimumkan masa berjalan bagi sesebuah kenderaan. Kami berharap mengembangkan lagi armada trak kami jika bisnes kami berjalan dengan lancar.”
Mr Albert Yee, Naib Presiden MBM CV mengomentar, “Setiap hari, pelanggan kami mempercayai kenderaan FUSO untuk memajukan bisnes mereka. FUSO Diamond Contest adalah cara kami memberikan penghargaan kepada kepercayaan, kesetiaan dan sokongan mereka. Untuk pertandingan 2016 / 2017, kami menerima sebanyak 2 363 penyertaan seluruhnya, dan kami sangat gembira dengan respon daripada pelanggan yang sangat positif. Setiap tahun, kami mengalu-alukan kedatangan pertandingan ini, dan ia sungguh memuaskan melihat senyuman semua peserta. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, dan kami akan terus melayan keperluan pelanggan kami dengan memberikan trak-trak yang dipercayai dan kualiti servis yang tidak dapat ditandingi.”
MBM CV terus menjadi suatu contoh bagaimana memastikan pelanggan puas dengan tarikan-tarikan yang kreatif, perhubungan yang bagus dan servis yang cemerlang.