Scania Yang Pertama Menandatangani MOU Dengan IKTBNDT - Tanda Kecemerlangan Teknikal
Scania Malaysia, yang ditauliah sebagai Pusat National Dual Training System (NDTS), oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, telah mengambil bahagian dalam pertukaran MOU dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua (IKTBNDT). Pertukaran tersebut dilakukan antara Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara dan Dalila Sharingat, Pengarah IKTBNDT, dan disaksikan oleh Tetamu Kehormat YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Tuan Yang Terutama Dr Joachim Bergstrőm, Duta Sweden ke Malaysia di Festival Kerjaya Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Wilayah Tengah 2022 yang diadakan di AEON Mall, Nilai. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pegawai tertinggi Kementerian Belia dan Sukan, IKTBN dan pusat IKBN seluruh Malaysia.
“Scania ialah sebuah organisasi global yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam memberi impak dalam industri pengangkutan. MOU itu mewakili peranan Scania sebagai majikan pilihan kepada mereka yang akan mempunyai kerjaya dalam Industri Kenderaan Komersial Berat. Calon yang berminat dalam latihan diperakui NDTS yang menyertai perjalanan Scania ke arah sistem pengangkutan yang mampan, sekaligus menyumbang kepada masa depan industri pengangkutan. Mereka adalah sebahagian daripada pasukan yang benar-benar boleh membuat perubahan, sebahagian daripada pasukan yang kuat dengan rekod prestasi yang terbukti, keupayaan untuk mencapai sesuatu dan mencipta perubahan sebenar. Saya percaya menjadi sebahagian daripada pasukan kuat ini yang mempunyai budaya saling membantu pada masa yang sama memberi peluang kepada mereka untuk memberi sumbangan dan kemajuan diri,” seru Dalila Sharingat.
Scania Malaysia ialah satu-satunya syarikat dalam industri kenderaan komersial berat di Malaysia yang mendapat tauliah untuk program latihan yang diperakui NDTS. Pertukaran MOU itu memeterai perkongsian antara Scania dan IKTBNDT melalui NDTS yang merupakan kaedah berasaskan konsep latihan dipacu industri yang dikendalikan melalui kerjasama antara syarikat dan institusi latihan. 'Dual' bermaksud latihan dalam dua situasi pembelajaran seperti Pusat Bertauliah NDTS di Scania Malaysia yang meliputi 70% hingga 80% latihan praktikal (prestasi secara hands-on), dan pembelajaran akademik IKTBNDT yang meliputi 20% hingga 30% teori (pengetahuan).
“Kami sedang mengusahakan keperluan standard yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia dalam usaha untuk meningkatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang dianugerahkan Scania kepada perantis, kepada SKM Tahap 3 yang disasarkan untuk dilancarkan menjelang akhir 2023. Kami percaya Scania mempunyai kepakaran, kemajuan teknologi dan pengalaman yang akan memenuhi keperluan standard ini,” kata Razis Azlan Zainal, Pegawai Cawangan Perhubungan Industri, IKTBNDT.
“Kami komited untuk hari esok yang lebih baik. Tujuan kami adalah cita-cita kami: Untuk memacu peralihan ke arah sistem pengangkutan yang mampan. Aspirasi berani ini benar-benar mengujakan kami. Dan ini bermakna mereka yang bekerja di Scania mempunyai motivasi dan keinginan untuk sentiasa memperbaiki keadaan. Keazaman semata-mata adalah budaya kami dan pekerja kami adalah apa yang membuat kami terus ke depan dan terus maju. Kami tidak sabar-sabar menanti kedatangan mereka yang mempunyai aspirasi yang sama dengan kami untuk menyertai kami dalam perjalanan kami ke arah memacu perubahan sebenar, bersama-sama.” tegas El Tarifi.