GERIMIS BAIDURI PERTINGKATKAN KECEKAPAN LOGISTIK DENGAN KUZER BAHARU UD TRUCKS
Selangor, 15 Januari 2026 - Gerimis Baiduri Sdn Bhd (Gerimis Baiduri), pembekal logistik tempatan untuk industri beku dan sejuk, telah menerima penghantaran sebanyak lima unit trak model tugas ringan Kuzer Baharu UD Trucks daripada LK Utara Sdn Bhd (LK Utara), iaitu pengedar Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE). TCIE merupakan pengedar utama dan tunggal untuk UD Trucks di Malaysia. Trak-trak baharu kepunyaan Gerimis Baiduri tersebut akan digunakan untuk meningkatkan produktiviti pengangkutan hariannya.
Satu majlis penyerahan kenderaan telah diadakan baru-baru ini di ibu pejabat Gerimis Baiduri di Puchong, Selangor. Majlis tersebut dihadiri oleh Dato Liew Tiam Seng, Pengarah Urusan Gerimis Baiduri, Loh Thim Choy, Ketua Pegawai Operasi TCIE dan Chong Boon Fuei, Pengarah Urusan LK Utara, di mana penyampaian kunci olok trak juga telah diadakan sebagai tanda kesempurnaan penyerahan.
Kuzer Baharu UD Trucks telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu di Malaysia. Trak ini dibangunkan bagi menawar produktiviti yang lebih tinggi untuk syarikat serta pembekal perkhidmatan logistik melalui enam peningkatan utama iaitu muatan, prestasi, casis, pelepasan, ketahanan dan keselamatan. Trak ini menyampaikan prestasi dan standard pelepasan yang lebih baik, hasil daripada kelengkapan enjin 5.2 liter yang berpiawaian Euro 4 dengan sistem suntikan bahan api termaju dan kotak gear enam kelajuan.
Dato Liew Tiam Seng, Pengarah Urusan Gerimis Baiduri berkongsi, "Sejak penubuhan kami 25 tahun yang lalu, Gerimis Baiduri telah berkembang menjadi salah satu pembekal logistik penting di Malaysia, khususnya untuk trak beku dan sejuk, di mana kami menawarkan penyelesaian tersuai kepada semua pelanggan. Kami menekankan aspek pembangunan kakitangan dengan memupuk semangat untuk bersama-sama mencapai pertumbuhan agar dapat menawarkan perkhidmatan logistik yang cemerlang. Dalam pada ini, tumpuan kami adalah terhadap kemampanan persekitaran serta memenuhi kepuasan pelanggan di luar jangkaan.
Beliau menambah, "Gerimis Baiduri bervisi untuk meningkatkan standard industri dan menjadi peneraju logistik untuk trak sejuk melalui kecekapan, kebolehpercayaan dan inovasi. Armada UD Trucks kami yang sedia ada telah membantu dalam perkembangan perniagaan kami dan menjalin kepercayaan pelanggan dalam usaha mencapai visi ini. Kami memutuskan untuk menambah trak UD kami dengan pembelian Kuzer Baharu atas sebab-sebab muatannya yang tinggi, prestasi enjin dan pelepasan yang baik, serta kebolehpercayaan secara keseluruhannya. Tambahan lagi, sokongan dan perundingan selepas jualan yang baik dari LK Utara dan TCIE selama ini telah memudahkan lagi keputusan kami untuk terus kekal bersama mereka.”
Gerimis Baiduri telah menjadi pelanggan UD Trucks sejak tahun 2008 dan kini memiliki lebih daripada 100 unit UD yang merangkumi trak tugas sederhana dan ringan. “Kami yakin ini adalah pelaburan yang baik dan kami percaya bahawa Kuzer Baharu boleh menjimatkan bahan api, justeru meningkatkan produktiviti operasi logistik kami melalui masa operasi yang lebih panjang,” tambah Dato Liew.
Kuzer Baharu boleh didapati dalam 7.5 tan dan 8.5 tan Berat Kenderaan Kasar (GVW), dengan varian 7.5 tan menawarkan muatan sebanyak 4,880kg, iaitu 600kg lebih daripada model sebelumnya. Keteguhan Kuzer Baharu mengizinkan pengangkutan muatan yang lebih banyak dan berat untuk setiap penghantaran. Ini membolehkan pelanggan memaksimumkan penghantaran serta meningkatkan produktiviti, Kecekapan ini dapat membantu syarikat mengurangkan kos operasi untuk jangka masa panjang.
Loh Thim Choy, Ketua Pegawai Operasi TCIE berkata, "Kuzer Baharu dibangunkan atas komitmen kami ke arah logistik pintar dan dalam memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk trak yang boleh dipercayai. Trak ini cekap terutamanya untuk penghantaran di bandar, oleh itu mampu membantu dalam kelincahan operasi perniagaan pelanggan kami. Ciri keselamatan termaju dan piawaian pelepasan enjin menyumbang kepada ketahanan, prestasi dan persekitaran yang lebih bersih, di mana kesemuanya akan memberi manfaat kepada Gerimis Baiduri dan juga pelanggan lain.”
Ciri-ciri keselamatan Kuzer Baharu termasuk Beg Udara SRS, Pengawal Selia Anti-Slip (ASR), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan amaran kecondongan kab dan penggera belakang. Kabinnya diperakui oleh ECE R29, iaitu peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai keselamatan dan kekuatan kabin kenderaan komersial untuk perlindungan penghuni. Sementara itu, lampu depan LED trak memastikan penglihatan yang lebih jelas untuk pemandu, sekali gus menyumbang kepada keselamatan.
"Kami berasa bangga dapat memberi nilai kepada Gerimis Baiduri dan membantunya mencapai impak yang lebih besar dengan setiap penghantaran Kuzer Baharu. Pasukan kami sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan penuh melalui pakej Perkhidmatan UD Extra Mile yang merangkumi faedah-faedah seperti alat ganti tulen, pelan penyelenggaraan harga tetap dengan penjadualan keutamaan, bantuan tepi jalan Res-Q 24/7 dan perkhidmatan berkualiti," tambah Loh.
Pelanggan Kuzer Baharu UD Trucks juga dilindungi oleh waranti kompetitif selama lima tahun atau 300,000km, yang mana tiba dahulu.
- Hits: 46